27 Januari 2010

PCB 2004, PCB 2009 dan PCB 2010

Lama jugak tak hantar posting, tu tup dah nak habis dah bukan Januari 2010. Sekejap je kan. Rasanya macam baru lagi sambut tahun baru 2010. Cawangan PJ yang asalnya nak pindah tgh bulan ni pun kena pospone ke suatu tarikh yang belum ditentukan lagi. Tapi bagus jugak dekat sikit nak pegi opis. Tahun 2010 ni ada jadual PCB baru lagi iaitu Jadual PCB 2010. Tapi tak banyak berubah dengan Jadual PCB 2009

Bagi majikan swasta sememangnya dah kena guna Jadual PCB 2010 ni. Sebab nak ambil kira pelepasan individu yang dah naik jadi 9000 dan pelepasan baru iaitu yuran broadband. Bagi majikan kerajaan pusat baru tahun ni nak ikut jadual PCB 2009. Mungkin akan ada yang terkejut bila PCB nya lebih sikit dari tahun sudah. Sebabnya kalau ikut jadual lama iaitu Jadual PCB 2004 kalau gaji bawah 10000 sebulan PCBnya cuma 80% dari PCB sepatutnya kena dibayar. Jadi bila skrg kena bayar 100£ mestila lebih sikit kena potong gaji. Tapi apa pun matlamat utama adalah nak kasi jumlah potongan PCB sama dengan cukai sebenar bila isi borang cukai nanti.

Majikan kerajaan negeri pula tahun ni terus guna PCB 2010. Walau jadual PCB baik 2009 atau 2010 yang diguna majikan kalau kita nak buat pelarasan perbelanjaan pelepasan cukai. Mestilah kena isi Borang TP1. Isi borang ni pastu hantar kepada majikan untuk kelulusan. Bezanya PCB 2009 guna Borang TP1 2009 dan PCB 2010 guna borang TP1 pindaan 2010.

Maklumat lanjut boleh bukak laman web HASIL iaitu www.hasil.gov.my.

Sekian dulu. nanti sambung ya.

Read More...

01 Januari 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Hari ini 1 Januari 2010. Dah bermula tahun yang baru dan mesti ramai yang dah ada azam baru. Apa yang kita nak capai tahun ni? Apa matlamat kita tahun ni? Nak jadi kaya ke? Nak naik pangkat ke? Nak tambah anak ke? Tapi mesti ada yang matlamatnya nak kurangkan atau taknak bayar cukai langsung tahun ni kan?

Jadi kalau matlamat anda nak jadi kaya dan bila dah kaya mesti banyak kena cukai kan. Begitu juga kalau matlamat nak naik pangkat dan bila dah dapat naik pangkat pun mesti kena bayar cukai lebih. Oleh yang demikian mesti matlamat sampingannya nak kurangkan cukai atau taknak bayar langsung. Bukan kita nak lari dari cukai. Kesalahan tu lari dari cukai. Tapi macam mana kita nak atur strategi nak kurangkan atau taknak bayar langsung cukai pendapatan ni.


Strategi ni mestila bermula dari hari ini hingga 31 Disember 2010. Bukannya baru nak buat strategi masa nak isi Borang Nyata Cukai Pendapatan 2010 pada 30 April 2011 nanti. Masa tu kalau baru nak atur strategi dah terlambat lah. Biasanya strategi yang diguna masa isi borang tu adalah tuntut semua pelepasan yang ada. Selagi kena cukai selagi tu la di adjust pelepasan yang ada nak kasi tak kena cukai tanpa ada resit-resit dan pengesahan yang asal.

Akibatnya bila LHDNM buat auditan, bila diminta resit-resit asal tu semua takde. jadi semua pelepasan yang dituntut tu terpaksalah ditarik balik. Maka keluarlah Notis JA iaitu Notis Pemberitahuan Cukai Tambahan kena dibayar. Kan ke rugi disitu.
Kena bayar dalam tempoh 30 hari pulak tu kalau tidak kena kenaikan dibawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan. Jadi anda janganlah mengikut strategi yang merugikan ini.

Sebenarnya banyak strategi yang boleh dilakukan untuk mengurangkan atau tak perlu bayar cukai langsung. Antaranya adalah mulai tahun ini diberi pelepasan RM 500 untuk yuran langganan Broadband. Jadi kalau belum ada broadband langganlah. Lepas tu simpan la bil-bil broadband tu baik-baik. Lepas tu kalau beragama islam buatlah potongan zakat pendapatan. Tak terasalah nanti nak bayar zakat sekaligus masa hujung tahun nanti. Seterusnya kalau belum ada insuran ambil la insuran nyawa dan kesihatan. Boleh dapat pelepasan tu. Dan kalau ada azam nak tambah anak tahun ni. sempat lagi kalau mula mengandung awal tahun ni. Dapat lagi tambahan pelepasan RM 1000.

Banyak lagi strategi tapi tak sempat nak bincang kat sini.

Semoga berjumpa di lain posting.

Selamat Tahun Baru 2010.

Dekad baru Azam Baru

Bersama Membangun Negara.


Read More...