24 Oktober 2010

Bajet 2011

Dah seminggu lebih dah bajet 2011 dibentangkan baru sekarang ada masa nak buat posting pasal bajet tahun depan ni. Semenjak dua menjak ni kesempatan nak update blog ni tersangat la bajetnya. Namum secara ringkasnya dari segi cukai pendapatan tak banyak yang terkesan pun. Bak kata orang putih Nothing Much. Untuk pembayar cukai individu tiada pengurangan cukai pendapatan, tiada tambahan pelepasan baru, tiada tambahan rebaat sedia ada atau rebat baru. Apa yang ada hanyala perluasan pelepasan perbelanjaan perubatan ibu bapa. Masih lagi 5 ribu maksimum. Walaubagaimanapun diperluaskan kepada perbelanjaan untuk menjaga ibu bapa di pusat jagaan. Dengan syarat telah mendapat pengesahan dari pengamal perubatan yang diiktiraf. Kali ni tak kisahlah dijaga dirumah ke, pusat jagaan harian ke atau pusat jagaan kediaman.Namun begitu perlulah disokong dengan resit dari pusat perubatan berdaftar, farmasi berdaftar atau kedai ubat berlesen.Kalau takde resit perlulah buat akuan secara bertulis oleh penjaga bagi mengesahkan kos yang terlibat dalam menjaga ibu bapa tersebut.Jika penjaga adalah warga asing, dia mestilah mempunyai permit kerja yang sah. Perbelanjaan khas perubatan ibu bapa mestilah diperakukan oleh pemgamal perubatan yang bertauliah dan disokong dengan resit. Perubahan ini bermula tahun taksiran 2011. Maknanya tahun depan la mula boleh buat belanja ni. Tuntut masa isi Borang Cukai pada 2012 nanti.

Selain tu untuk warga asing tiada lagi rebat levi diberikan kerana majikan mesti membayar levi tersebut dan bukan pekerja. jadi pekerja tiadaklah boleh tuntut rebat ini sebab majikan yang tuntut dalam perbelanjaan yang dibenarkan untuk ditolak dari keuntungannya. Ini dalam langkah kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.

Perubahan lain takde la sangat banyak melibatkan individu. Tetapi individu terlibat secara tidak langsung dalam kenaikan 1% cukai perkhidmatan yang akan dikutip oleh Kastam Diraja Malaysia. Maknyanya semua perkhidmatan naik hargala 1%. Astro pun kena cukai perkhidmatan 6%. Naiklah bil Astro nanti.

Itu saja buat kali ini. Ada masa kita jumpa lagi.

Read More...