Pengenalan
Cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan oleh kerajaan ke atas pendapatan yang diterima di dalam Malaysia. Cukai pendapatan dikenakan ke atas individu dan bukan individu yang layak dikenakan cukai. Cukai ini dikuatkuasakan dibawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pula dilantik oleh kerajaan sebagai ejen untuk menguatkuasakan akta tersebut dan mengutip cukai bagi pihak kerajaan.
Adakah anda dikenakan cukai?
Anda dikenakan cukai sekiranya pendapatan sekiranya jumlah pendapatan anda layak dikenakan cukai setelah ditolak dengan pelepasan-pelepasan yang layak dituntut.
Apakah itu Borang Nyata Cukai Pendapatan?
Borang Nyata Cukai Pendapatan adalah borang yang dikeluarkan oleh LHDNM untuk pembayar cukai melaporkan pendapatan bagi satu satu tahun taksiran.
Adakah anda wajib melaporkan pendapatan anda?
Secara teorinya semua orang wajib melaporkan semua pendapatan yang diterima di Malaysia. Bagaimanapun secara praktikalnya sekiranya anda mempunyai no rujukan cukai pendapatan anda perlu melaporkan pendapatan di dalam borang nyata walaupun anda tiada pendapatan bagi satu satu tahun taksiran.
Adakah saya perlu mendaftar no rujukan cukai pendapatan?
Anda perlu mendaftar no rujukan cukai apabila anda memenuhi salah satu kriteria berikut.
a. Anda mempunyai perniagaan samaada milikan tunggal atau perkongsian
b. Sekiranya anda kerja makan gaji, anda telah layak untuk skim potongan cukai berjadual dan majikan telah membuat potongan cukai dari gaji anda.
Majikan telah membuat potongan cukai berjadual dari gaji saya, adakah saya perlu mengisi borang nyata cukai pendapatan lagi?
Jawapannya Ya, ini kerana potongan cukai yang dipotong adalah anggaran cukai. Anda perlu mengisi borang nyata cukai pendapatan untuk menentukan cukai sebenar anda.
Adguard. An adblock app.
7 tahun yang lalu