Pampasan insuran sebab sebahagian premis terbakar, kena cukai atau tidak.
Jawapan:
Apa yang rosak? Premis. Premis adalah aset tetap. Jika Aset tetap penerimaan modal. Sekiranya aset pusingan cthnya Stok dikenakan cukai kerana penerimaan hasil.
Pampasan tersebut adakah untuk pembaikan sahaja atau ada juga untuk kerugian kerana tidak dapat gunakan premis?
Sekiranya pampasan adalah untuk kos pembaikan premis maka tidak dikenakan cukai kerana bersifat modal. Kes berkaitan Crabb
Sekiranya pampasan diterima adalah kerana tidak dapat menggunakan premis tersebut maka boleh dikenakan cukai kerana penerimaan hasil.
Prinsip:
a. Penerimaan untuk mengisi ruang keuntungan kerana aset tidak dapat digunakan. Kes Burmah Steamship Co Ltd lwn CIR
b. Sturktur perniagaan tidak terjejas kerana sebahagian sahaja premis yang rosak. Kes Short Brothers Ltd lwn CIR
Kes lain London & Thames Haven Oil Wharves Ltd lwn Attwood.
01 Disember 2009
Pampasan Insuran dikenakan cukai atau tidak? : Posting Exam Mode
Petunjuk Perdagangan : Posting Exam Mode
A sebuah syarikat jual tanah kepada B. adakah A boleh dikenakan cukai?
Jawapan: Seksyen 2 Akta Cukai Pendapatan memberikan definisi perniagaan adalah suatu usaha bercorak perdagangan. Usaha bercorak perdagangan dapat ditunjukkan dengan petunjuk perdagangan seperti berikut...
a. Niat untuk mendapatkan keuntungan.
A sebagai sebuah syarikat sememangnya mempunyai niat untuk mendapatkan keuntungan. Ini ditunjukkan di dalam Memorandum of Assosiation semasa penubuhannya.
Kes berkaitan H & Co Ltd
b. Cara mendapatkan aset.
Sekiranya aset tersebut diterima sebagai warisan/pemberian maka transaksi tersebut hanyalah pelupusan aset.
Kes berkaitan Hudson Bay Co lwn Steven
c. Adakah berlaku perubahan pada aset tersebut
Sekiranya aset tersebut telah diubahsuai untuk memudahkan ianya dijual maka transaksi tersebut dikenakan cukai. Contohnya tanah dipecah-pecah menjadi lot kecil sebelum dijual.
Kes Berkaitan TCS / CIR lwn Livingstone / Cape Brandy Syndicate
d. Kekerapan urusniaga
Sekiranya transaksi tersebut berulang-ulang , bersistematik serta berturut maka ia telah melambangkan suatu perniagaan telah dijalankan.
Kes Berkaitan Pickford lwn Quirke
e. Tempoh aset dipegang
Sekiranya aset dipegang untuk jangka masa pendek maka boleh dianggap usaha bercorak perdagangan seperti kes Gray & Gillet lwn Tiley.
Sebaliknya sekiranya dipegang untuk jangka masa panjang ianya lebih kepada pelaburan seperti kes DEF lwn CIT.
f. Kaedah Aset dijual.
Sekiranya aset tersebut dijual dengan mengadkan promosi atau dengan melantik ejen penjual maka boleh dianggap usaha bercorak perdagangan.
Kes Martin Lwn Lowry
g. Pengetahuan yang berkaitan.
Sekiranya penjual tersebut mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang serupa serta kepakaran di dalam bidang yang berkaitan maka boleh dianggap ia merupakan usaha bercorak perdagangan.
Kes Gray & Gillet lwn Tiley / Cape Brandy Syndicate lwn CIR.