25 Februari 2011

e-Filing -Tahun Taksiran 2010 - https://e.hasil.gov.my/

1 Mac 2011, genap usia 15 tahun LHDN dilembagakan dari JHDN. Imej korporat baru akan diperkenalkan pada sambutan ulang tahun ke 15 tersebut. Pada hari yang sama akan dilancarkan e-filing untuk Tahun Taksiran 2010. e-filing akan dibuka kepada umum dan orang ramai boleh mula menghantar borang cukai pendapatan melalui e-filing. Kepada yang memang telah menggunakannya sejak tahun-tahun lepas harapnya teruskan tradisi anda. Bagi yang belum lagi menggunakan mulakan tradisi baru dengan menggunakan e-filing.


Untuk yang akan pertama kali menggunakan e-filing anda akan memerlukan nombor pin yang boleh di dapati di Borang Cukai yang dihantar ke rumah anda. Ataupun alternatifnya anda boleh emel sendiri kepada alamat pin@hasil.gov.my untuk mendapatkan no pin anda dengan menyertakan salinan kad pengenalan depan belakang. Anda juga perlu menyatakan no rujukan cukai, alamat terkini dan nombor telefon.

Bagi yang telah terlupa kata laluan juga boleh emel kepada alamat seperti di atas untuk reset semula kata laluan. Alternatifnya hubungi cawangan LHDN terdekat.

Tahun ini merupakan tahun ke 5 e-filing diperkenalkan untuk memudahkan proses penghantaran Borang Cukai.Jadi digalakkan pembayar cukai akan menggunakan e-filing di premis atau di rumah masing-masing dan tidak membanjiri cawangan LHDN. Sekiranya menghadapi masalah talian khidmat pelanggan sedia membantu anda 1-300-88-3010.

Sekian dulu untuk kali ini. Jumpa lagi ya.

Read More...

05 Februari 2011

e-PCB dan e-DataPCB- Kemudahan untuk majikan

Agak lama sejak posting terakhir dimasukkan ke sini. Kesibukan kerja membataskan masa menulis dalam blog ini. Dikesempatan ini diucapkan Selamat Tahun Baru Cina untuk yang menyambutnya. Posting kali ini ditujukan khas untuk majikan-majikan di luar sana. Juga untuk kerani-kerani payroll yang kerjanya mengira dan membuat potongan cukai bulanan (PCB)pekerja. Kerap kali kita mendengar keluhan kerani gaji/payroll yang merungut susah mengira PCB pindaan 2010/2009. Kini anda sudah boleh tersenyum.Teruskan membaca sehingga akhir.

e-PCB dan e-Data PCB bukan hanya satu tetapi dua perkhidmatan baru yang disediakan LHDN untuk memudahkan malah menjimatkan kos majikan dalam menghantar PCB kepada LHDN. Dengan menggunakan salah satu dari perkhidmatan ini penghantaran PCB hanya dihujung jari sahaja.

Kita sentuh e-PCB dahulu. e-PCB merupakan satu 'tool' yang dibina oleh LHDN khas untuk majikan yang tiada sistem gaji/payroll berkomputer. Jika sebelum ini anda perlu menulis dengan tangan di borang CP39 setiap pekerja anda kini tidak perlu lagi. Kini anda cuma perlu mendaftarkan pekerja anda sekali sahaja dan untuk bulan-bulan berikutnya hanya kemaskini maklumat pendapatan sahaja dan PCB dikira secara automatik. Sekiranya ada perubahan maklumat pekerja cuma perlu kemaskini sahaja. Setelah semua maklumat dikemaskini dan PCB dikira. Boleh hantar terus ke LHDN dalam talian. Tidak perlu lagi hantar disket. Nampak mudah kan. Memang mudah sangat pun. e-PCB bukan hanya menyediakan 'tool' untuk penghantaran malahan menyediakan 'tool' pembayaran juga melalui e-Pay. Majikan yang mempunyai internet banking boleh terus membayar dari akaun terus ke LHDN secara atas talian.

e-DataPCB pula dibina khusus untuk majikan yang mempunyai sistem gaji berkomputer. Sistem gaji berkomputer akan menghasilkan text file yang biasanya di muat turun ke dalam disket dan dibawa ke kaunter LHDN atau kaunter bank terpilih sebelum membuat bayaran PCB. Kini anda tidak perlu lagi muat turun ke dalam disket. Anda boleh lupakan terus disket. Komputer di pejabat kini pun sudah tiada disket drive kan. Kini apa yang anda perlu buat hanyalah muat naik text file tadi kedalam laman e-DataPCB, disahkan data tersebut dan terus boleh hantar ke LHDN secara atas talian. Seperti e-PCB,e-DataPCB juga mempunyai tool bayaran secara atas talian. Tidak lagi perlu beratur panjang di kaunter LHDN dan bank terpilih. Mudah kan.

Kini majikan tiada lagi alasan tiada masa dan malas beratur di kaunter.Semuanya boleh dilakukan di atas talian. Semuanya dihujung jari. Yang penting kemahuan untuk menjalankan tanggungjawab kepada negara.

Sehingga berjumpa di lain posting. maklumat lanjut boleh didapati di laman web HASIL di www.hasil.gov.my

Read More...