Adakah baru-baru ini anda ada menerima surat dari LHDN memberitahu gaji anda akan dipotong mulai bulan September selama 7 bulan berturut-turut? Jika ya apa reaksi anda? Apa yang anda lakukan? Kenapa anda menerima surat ini?
Mesti ada yang marah-marah apabila melihat surat ini. Tapi ada juga yang buat tidak tahu sahaja. Apabila terima gaji sedikit (selepas dipotong cukai) barulah nak hubungi cawangan LHDN dengan marah-marah.
Sebenarnya jika anda menerima surat ini bermakna di dalam rekod LHDN anda masih berhutang dengan mereka. Betul ke anda berhutang? Kadangkala kita lupa hutang yang sedikit bila dikumpulkan beberapa tahun akan jadi besar. Nak sahkannya silalah hubungi Cawangan LHDN yang tertera di surat tersebut atau dail sahaja 1-300-88-1030. Dah sah anda masih berhutang? Tak mampu dengan amaun potongan tersebut? Mohonlah dipanjangkan ansuran tersebut. Anda boleh minta panjangkan bilangan potongan dengan syarat-syarat tertentu. Jika diluluskan kuranglah sedikit bebanan potongan bulanan anda. Hutang langsai, poket pun taklah kosong. Kalau dah habis bayar, tahun hadapan takdela dapat surat camni lagi. Yang paling penting, sebelum 30 April langsaikan semua baki cukai kena dibayar.
Sekian dulu untuk kali ini.
Adguard. An adblock app.
5 tahun yang lalu
Salam Ustaz...
BalasPadamApakah hukum CUKAI PENDAPATAN ini dalam hukum syarak???
Mohon cerahkan dgn dalil dan nas...
Wassalam...
Salam,
BalasPadamSaya tidak pernah menerima sebarang surat daripada LHDN tetapi mulai Sept potongan cukai saya bertambah RM200. Salah saya agaknya tidak pernah atau sekali saja submit borang sebelum ini. Pertanyaan saya, jika saya sendiri tidak kemaskini maklumat, apakah asas perkiraan yang akan dibuat oleh LHDN untuk PCB?
TK
Untuk makluman PCB dikira oleh majikan melalui formula yang disediakan oleh LHDN. Ianya berasaskan gaji yang diterima oleh pekerja. Kenaikan tersebut mungkin disebabkan kenaikan gaji atau ada arahan tambahan dari LHDN kepada majikan supaya memotong gaji oleh sebab ada baki terhutang. Anda dinasihatkan mengemaskini maklumat surat menyurat dengan LHDN dan juga mengemaskini cukai-cukai untuk tahun dimana PCB telah dibuat untuk mengelakkan kesukaran di kemudian hari terutamanya ketika hendak bersara nanti.
BalasPadamHarap maklum yang PCB bukanlah cukai muktamad. Jadi perlu lapor pendapatan untuk menjadikannya muktamad samada terlebih bayar atau terkurang bayar. nasihat saya kunjungilah Cawangan LHDN terdekat untuk maklumat lanjut.
Selepas dapat surat ini, teruskan pergi bank bayar hutang yang dikenakan. Adakah LHDN akan keluarkan satu surat bagi syarikat untuk abaikan surat ini?
BalasPadamSelepas membuat bayaran tersebut. LHDNM perlu dimaklumkan untuk pembatalan surat CP38 tersebut dan surat pembatalan kepada majikan akan dikeluarkan. Sekiranya tiada surat pembatalan majikan akan terus membuat potongan CP38 tersebut.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamSaya ad terima surat ini..masalah sekarang saya baru saja jelaskan cash cukai tertunggak yang ditarik balik..tapi sebulan lepas tuh datang surat cp38 ni yg mnyuruh saya bayar ansuran selama 6 bulan..saya telefon banyak kali lhdn cawangan kuala lumpur tetapi diorang tidak angkat..rase geram dah la duit dah bayar mintak lagi suruh bayar ansuran..tlong
BalasPadamSaya ad terima surat ini..masalah sekarang saya baru saja jelaskan cash cukai tertunggak yang ditarik balik..tapi sebulan lepas tuh datang surat cp38 ni yg mnyuruh saya bayar ansuran selama 6 bulan..saya telefon banyak kali lhdn cawangan kuala lumpur tetapi diorang tidak angkat..rase geram dah la duit dah bayar mintak lagi suruh bayar ansuran..tlong
BalasPadamSy pun baru kena kes nI..geram..dah bayar nak potong ansuran lgi..pening kepala nak tekejar sana sini..buatla sistem online live chat..call susah nak angkat..mcm2 masalah yg remeh
Padam