Hari ini 31 Disember 2010, hari terakhir di tahun 2010 masihi ini. Juga hari cuti umum di Malaysia sempena kemenangan skuad bolasepak negara di dalam kejohanan Piala Suzuki AFF tempoh hari. Malam ini pula pastinya akan ada sambutan tahun baru di mana-mana sahaja. Di Dataran Merdeka, Di KLCC, Jalan Bukit Bintang dan banyak lagi. Sebentar lagi para remaja pastinya berpusu-pusu ke lokasi-lokasi sambutan tahun baru. Pancaran bunga api pasti kelihatan malam ini tepat jam 12 tengah malam.
Dari segi cukai pendapatan pula hari ini merupakan hari terakhir untuk membuat perbelanjaan pelepasan cukai untuk Tahun Taksiran 2010. Juga hari terakhir untuk membuat bayaran zakat bagi mendapatkan rebat cukai pendapatan bagi Tahun Taksiran 2010. Jika dibuat perbelanjaan selepas 12 tengah malam ini maka hanya layak dituntut di dalam Tahun Taksiran 2011 sahaja.
Sudahkah anda melaksanakan sepenuhnya perancangan cukai yang telah anda rancangkan di awal tahun 2010 ini? Sudahkah anda kira berapakah cukai yang bakal anda kena bayar sebelum 30 April 2011 nanti? Dokumen-dokumen sokongan masih adakah disimpan dengan rapi? Sekiranya anda telah melaksanakan rancangan cukai sepenuhnya pasti hari anda sudah boleh tersenyum puas. Walaubagaimanapun sekiranya masih banyak yang belum dapat dilaksanakan maka jangan putus asa. Mulai esok pagi laksanakan pula rancangan cukai untuk Tahun Taksiran 2011. Rancanglah berapa pelepasan yang anda nak tuntut. apa pelepasan yang boleh dituntut. Sediakan bajet untuk perbelanjaan pelepasan tersebut. Pastikan ada atau tidak pelepasan baru untuk Tahun Taksiran 2010 yang boleh dituntut. Juga pastikan layakkah anda untuk pelepasan tersebut. Lagi banyak anda ketahui lagi mudah anda membuat perancangan cukai anda.
Akhir kata, walau bagaimana hebat pun perancangan cukai anda, kita harus ingat tanpa sumbangan cukai pendapatan dari anda negara tidak akan mempunya dana untuk pembangunan. Kemudahan asas seperti hospital, sekolah, jalan raya dan pengangkutan awam dibina hasil dari sumbangan pembayar cukai. Oleh yang demikian bersama kita membangun negara dengan berkhidmat untuk negara.
Selamat tahun baru 2011.
Full story
Adguard : Use it and your life will never a same again
4 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan