KUALA LUMPUR 25 Dis. – Majikan dan pekerja menyambut baik sistem baru potongan cukai berjadual (PCB) yang tidak menjadikan kaedah penilaian pengecualian cukai pendapatan secara bulanan sebagai sesuatu yang mandatori sebaliknya hanyalah suatu pilihan.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan berkata, pihak syarikat juga tidak perlu menanggung peningkatan kos pentadbiran jika ia wajib dilakukan pada setiap bulan seperti yang dikatakan sebelum ini.
Kata beliau, dengan ini setiap syarikat boleh membuat pilihan masing-masing mengikut kesesuaian dan keperluan sesebuah organisasi tanpa perlu khuatir terpaksa membayar kos yang lebih.
‘‘Kalau dilakukan setiap bulan, memanglah kita membantah kerana kos pentadbiran akan bertambah kerana setiap kali hujung bulan, arahan potongan akan berbeza-beza.
‘‘Yang nak buat setiap bulan atau tiga bulan sekali boleh pilih cara tersebut dan mana yang selesa dengan setahun sekali seperti sebelum ini boleh memilih untuk terus kekal.
‘‘Apa yang penting majikan tidak perlu tanggung kenaikan kos kerana dalam keadaan perniagaan sekarang, setiap kenaikan kos adalah satu perkara yang diberikan perhatian,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Adguard. An adblock app.
5 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan