05 Mac 2009

Borang EA / EC


Salam sejahtera. Kali ini topik yang diceriterakan adalah Borang CP 8A -Pindaan 2008 atau lebih dikenali sebagai Borang EA bagi kakitangan Swasta dan juga Borang EC bagi Agensi Kerajaan. bagi yang telah lama bekerja pastinya Borang EA/EC sudah tidak asing lagi buat mereka. Walaubagaimanapun pada tahun ini diperkenalkan Borang EA Pindaan 2008 selaras dengan Bajet 2009 yang dibentangkan di Parlimen.

Kalau kita bandingkan Borang EA /EC Pindaan 2008 dengan Borang EA/EC tahun terdahulu ada beberapa perbezaannya. Antaranya seperti berikut.

Di bahagian A Butiran Pekerja tiada lagi ruangan butiran suami bagi wanita yang telah berkahwin.

Bahagian B Pendapatan Penggajian Manfaat dan Tempat Kediaman pula hanya menyenaraikan pendapatan yang dikenakan cukai sahaja. manfaat dan Prequisit yang dikecualikan di dalam Bajet 2009 tidak disenaraikan disini.

Segala Elaun Manfaat dan Prequisit yang dikecualikan cukai cuma akan disenaraikan di bahagian G. Jadinya untuk isi borang nyata cukai (Borang BE) di ruangan pendapatan penggajian cuma perlu masukkan jumlah bahagian B sahaja dengan tanpa masukkan nilai sen.

Senang kan? Takperlu pikir lagi elaun ni kena cukai ke tidak. Kalau dah masuk bahagian B kirala sekali dalam pendapatan yang boleh dicukai.

Sekarang ni dah masuk bulan Mac. Pastinya bulan ni Majikan sudah edarkan Borang EA /EC masing-masing. jadi kalau dah terima borang EA/EC bolehla e-filing.

Sepertimana tema Bulan Perkhidmatan Pembayar Cukai tahun ini

Cukai dihujung Jari anda. Jom e

11 ulasan:

  1. mekasey encik poji sbb sudi singgah blog sy. ;)der

    BalasPadam
  2. Nk tanya sikt, saya sdri boss, swasta kan?
    Jadi kalau isi borang,EA kan? tapi tu borang EA macm bagi pekerja sja,majikan macm mana?

    BalasPadam
  3. Bos kalau di Syarikat Sdn Bhd pun pekerja juga. Kerani gaji pun kena lah sediakan EA untuk bos juga. Tapi kalau perniagaan milikan tunggal tak perlu EA sebab bos berpendapatn perniagaan. Yang cuma adalah rekod perakaunan sahaja.

    BalasPadam
  4. Perniagaan sy milikan tunggal, rekod perakaunan 2 cmner yek? bleh jelaskan x? sy hanya ada bank statement sbg rekod.. Sy nk apply credit card tp bank mintak income tax..

    BalasPadam
  5. terima kasih untuk info menarik =)

    BalasPadam
  6. knp boss sy tulis jumlah sampai 20k ? bulanan die xisi pn, xphm mcm mne kira.

    BalasPadam
  7. dekat borang EA tulis pendapatan bulanan 2k..
    tp pendapatan sy setiap bulan tak smpai pun 2k.. jauh sungguh bezanya..sy masih lagi tak Faham apa tujuan borang EA ni .. bole terang kan ...

    BalasPadam
  8. dekat borang EA tulis pendapatan bulanan 2k..
    tp pendapatan sy setiap bulan tak smpai pun 2k.. jauh sungguh bezanya..sy masih lagi tak Faham apa tujuan borang EA ni .. bole terang kan ...

    BalasPadam
  9. Borang ec isteri saya tidak terima menyebabkan menjadi kesuliyan untuk urusan e filling

    BalasPadam
  10. Socso eis perlu masuk ke Borang EA? atau hanya socso sahaja?

    BalasPadam
  11. Nok tnye..saya ada mendapat borang EA neh dgn jumlah pendapatan????..tetapi saya berhenti kerja Di dalam gaji tidak d bayar..melalui borang EA neh terlihat sperti tiada masalah..jadiny Yang menjadi soalan..adakah angka pendapatan y Ada Di dalam borang EA tuh sy blh keluarkan n MCM mana carany

    BalasPadam