Hari ini,18 April 2009, Tinggal 13 hari lagi untuk memfailkan Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi yang berpendapatan Penggajian iaitu Borang BE. Samada mengisi borang secara manual atau e-filing bagi yang belum lagi menghantar Borang BE bertindaklah cepat sebelum terlewat.
Bagi menggalakkan dan membantu Pembayar cukai mengisi dan seterusnya menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan semua Cawangan LHDN telah membuka kaunter perkhidmatan
Bulan Perkhidmatan Pembayar Cukai (BPPC) . Kaunter khas yang dikhususkan untuk membantu dalam pengisian Borang nyata cukai pendapatan dibuka
setiap hari bekerja dari jam
8.00 pagi hingga 8.00 malam. Mulai hujung minggu ini iaitu hari ini kaunter juga dibuka pada
hujung minggu dari jam
8.00 pagi hingga 6.00 petang. Jadi tiada lagi alasan sukar nak datang ke kaunter kerana sukar nak dapat cuti dan sebagainya.
Untuk 2 minggu yang terakhir ini sudah semestinya ramai yang berduyun-duyun datang ke kaunter yang disediakan untuk mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan terutama secara e-filing. Samada untuk kali pertama atau sudah mencubanya untuk tahun tahun lalu ternyata pembayar cukai lebih selesa menggunakan e-filing di kaunter BPPC ini. Mungkin dengan bantuan petugas BPPC ini mereka lebih yakin dan tiada rasa was was dalam melaporkan pendapatan masing masing.
Tidak cukup dengan kaunter di pejabat beberapa syarikat juga turut menjemput LHDN membuka kaunter di Syarikat mereka untuk memudahkan kakitangan mereka menunaikan tanggungjawab kepada negara tercinta ini. Minggu lalu di Skypark Subang, minggu ini di The Star dan minggu hadapan di TV3 pula.
Saya juga tidak terkecuali untuk menjadi salah seorang petugas dan untuk 2 minggu ini saya turut ditugaskan untuk bertugas pada hujung minggu. Jadi kalau yang berada di kawasan Petaling Jaya bolehlah berjumpa saya kalau kebetulan saya bertugas pada masa itu.
Jadi jangan tunggu lagi. Bertindaklah sebelum terlambat.
Akhir kata
Cukai dihujung jari anda. Jom e
perkara yang dipaparkan amat membantu.
BalasPadam