27 Januari 2010

PCB 2004, PCB 2009 dan PCB 2010

Lama jugak tak hantar posting, tu tup dah nak habis dah bukan Januari 2010. Sekejap je kan. Rasanya macam baru lagi sambut tahun baru 2010. Cawangan PJ yang asalnya nak pindah tgh bulan ni pun kena pospone ke suatu tarikh yang belum ditentukan lagi. Tapi bagus jugak dekat sikit nak pegi opis. Tahun 2010 ni ada jadual PCB baru lagi iaitu Jadual PCB 2010. Tapi tak banyak berubah dengan Jadual PCB 2009

Bagi majikan swasta sememangnya dah kena guna Jadual PCB 2010 ni. Sebab nak ambil kira pelepasan individu yang dah naik jadi 9000 dan pelepasan baru iaitu yuran broadband. Bagi majikan kerajaan pusat baru tahun ni nak ikut jadual PCB 2009. Mungkin akan ada yang terkejut bila PCB nya lebih sikit dari tahun sudah. Sebabnya kalau ikut jadual lama iaitu Jadual PCB 2004 kalau gaji bawah 10000 sebulan PCBnya cuma 80% dari PCB sepatutnya kena dibayar. Jadi bila skrg kena bayar 100£ mestila lebih sikit kena potong gaji. Tapi apa pun matlamat utama adalah nak kasi jumlah potongan PCB sama dengan cukai sebenar bila isi borang cukai nanti.

Majikan kerajaan negeri pula tahun ni terus guna PCB 2010. Walau jadual PCB baik 2009 atau 2010 yang diguna majikan kalau kita nak buat pelarasan perbelanjaan pelepasan cukai. Mestilah kena isi Borang TP1. Isi borang ni pastu hantar kepada majikan untuk kelulusan. Bezanya PCB 2009 guna Borang TP1 2009 dan PCB 2010 guna borang TP1 pindaan 2010.

Maklumat lanjut boleh bukak laman web HASIL iaitu www.hasil.gov.my.

Sekian dulu. nanti sambung ya.

4 ulasan:

  1. apakah formula yang digunakan utk mencapai potongan 100% daripada jumlah cukai pendapatan di akhir tahun?. adakah ianya menurut percentage yang tetap setiap bulan?

    BalasPadam
  2. formula dia kalau nak citer tersangat la komplikatednya. Jadi saudara boleh gunakan kalkulator PCB yang telah disediakan.

    BalasPadam