Hari ini 1 Januari 2010. Dah bermula tahun yang baru dan mesti ramai yang dah ada azam baru. Apa yang kita nak capai tahun ni? Apa matlamat kita tahun ni? Nak jadi kaya ke? Nak naik pangkat ke? Nak tambah anak ke? Tapi mesti ada yang matlamatnya nak kurangkan atau taknak bayar cukai langsung tahun ni kan?
Jadi kalau matlamat anda nak jadi kaya dan bila dah kaya mesti banyak kena cukai kan. Begitu juga kalau matlamat nak naik pangkat dan bila dah dapat naik pangkat pun mesti kena bayar cukai lebih. Oleh yang demikian mesti matlamat sampingannya nak kurangkan cukai atau taknak bayar langsung. Bukan kita nak lari dari cukai. Kesalahan tu lari dari cukai. Tapi macam mana kita nak atur strategi nak kurangkan atau taknak bayar langsung cukai pendapatan ni.
Strategi ni mestila bermula dari hari ini hingga 31 Disember 2010. Bukannya baru nak buat strategi masa nak isi Borang Nyata Cukai Pendapatan 2010 pada 30 April 2011 nanti. Masa tu kalau baru nak atur strategi dah terlambat lah. Biasanya strategi yang diguna masa isi borang tu adalah tuntut semua pelepasan yang ada. Selagi kena cukai selagi tu la di adjust pelepasan yang ada nak kasi tak kena cukai tanpa ada resit-resit dan pengesahan yang asal.
Akibatnya bila LHDNM buat auditan, bila diminta resit-resit asal tu semua takde. jadi semua pelepasan yang dituntut tu terpaksalah ditarik balik. Maka keluarlah Notis JA iaitu Notis Pemberitahuan Cukai Tambahan kena dibayar. Kan ke rugi disitu.
Kena bayar dalam tempoh 30 hari pulak tu kalau tidak kena kenaikan dibawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan. Jadi anda janganlah mengikut strategi yang merugikan ini.
Sebenarnya banyak strategi yang boleh dilakukan untuk mengurangkan atau tak perlu bayar cukai langsung. Antaranya adalah mulai tahun ini diberi pelepasan RM 500 untuk yuran langganan Broadband. Jadi kalau belum ada broadband langganlah. Lepas tu simpan la bil-bil broadband tu baik-baik. Lepas tu kalau beragama islam buatlah potongan zakat pendapatan. Tak terasalah nanti nak bayar zakat sekaligus masa hujung tahun nanti. Seterusnya kalau belum ada insuran ambil la insuran nyawa dan kesihatan. Boleh dapat pelepasan tu. Dan kalau ada azam nak tambah anak tahun ni. sempat lagi kalau mula mengandung awal tahun ni. Dapat lagi tambahan pelepasan RM 1000.
Banyak lagi strategi tapi tak sempat nak bincang kat sini.
Semoga berjumpa di lain posting.
Selamat Tahun Baru 2010.
Dekad baru Azam Baru
Bersama Membangun Negara.
Adguard. An adblock app.
5 tahun yang lalu
hi, love your blog. one question, what is the percentage of the kenaikan 103?
BalasPadamthank you.
mahathir m.
tq
BalasPadamgood question
the percentage
after the 30 days from the date of notice 10% from balance unpaid
then if still unpaid after 60 days from date of 10% another 5% from
balance unpaid plus 10% kenaikan earlier.
TQ again. come again
"kad petrol atau elaun petrol atau elaun perjalanan dari rumah ke
BalasPadamtempat kerja (pergi/balik) sehingga RM2,400 setahun;
ii. kad petrol atau elaun petrol atau elaun perjalanan dan kad tol atas
urusan rasmi sehingga RM6,000 setahun;
iii. elaun atau fi meletak kenderaan;
iv. elaun makan;"
just nk tanya, elaun2 ini smua encik cakap dikecualikan dpd cukai. tp ini cuma apply utk kakitangan awam sahaja, atau kakitangan swasta juga boleh dpt benefit ni??
-aminah-
Saya telah mendapat kenaikan gaji 9pd dis 2009) yg menjadikan saya layak membayar cukai. HR company saya tidak pernah bertanya tentang pembayaran yg sepatutnya saya buat. Soalan saya; adakah saya perlu membuat tuntutan kepadanya agar membuka akaun dan memulakan potongan cukai bulanan yg perlu saya bayar. Apa yg perlu saya buat sebenarnya?
BalasPadamJawapannya kalau betul anda telah layak potongan cukai HR akan memotong gaji anda secara automatik. kalau anda masih belum ada no fail cukai, apabila HR hantar maklumat anda ke LHDn semasa membuat bayaran cukai tersebut anda akan didaftarkan fail cukai secara automatik.
BalasPadambro, kat mana ada info pasal tax relief rm500 utk broadband tuh? thanks.
BalasPadamby the way, kalau nak income tax calculator BE2009, bleh check saya punya blog.
http://attahun.blogspot.com/
salam...
BalasPadamnak tanya....sekarang ni banyak peraduan peraduan yg menawarkan hadiah dlm bentuk wang..contohnyer bank islam...dan maybank..
..adakah wang tersebut perlu diistiharkan sebagai pendapatan..jika memenanginyer..tq
Salam tuan,
BalasPadamnk tnya... mana lebih baik kalo nk decare income tax kalo dah kawen??;-
1. Declare seperately
2. Declare as a join income
contohnya..
suami income rm50k/year
isteri income rm26k/year..
confuse.. sbb bila sy declare seperately.. just kena tax rm1xx lebih krg jer
bila declare 2 owg.. kena income tax rm2000 lak..ces,...
mana satu untung nih... sila tunjuk ajar...
Rosli
Saudara Rosli
BalasPadamKalau lihat income suami isteri lebih baik buat seperate assessment. Ini kerana sekiranya laporkan berasingan maka pelepasan diri sendiri dan tanggungan masing-masing dapat pelepasan RM9000. So suami isteri dah dapat la RM18000. Kalau taksiran bersama atas nama suami maka si suami sahaja yang dapat pelepasan RM9000 tu. Isteri cuma dapat pelepasan RM3000 sahaja. Lagi satu kalau pendapatan bercukai lebih dari RM35000 dah tak layak rebat individu yang RM 400 tu. Apa pun saudaralah yang membuat keputusannya. Akhir sekali jangan lupa bayar zakat pendapatan. Rebat zakat tiada had maksimum.