LHDNM Cawangan Petaling jaya akan mengadakan siri terakhir
Seminar Percukaian Kebangsaan 2011 pada
3 November 2011 bertempat di
Sunway Resort & Spa (Convention Centre) iaitu hotel bertaraf 6 bintang.
Seminar yang dilangsungkan secara tahunan bersempena dengan pembentangan Bajet 2012 oleh YAB Perdana Menteri dan juga topik bonus berkenaan kes Audit Luar dari perspektif LHDN. Kedua dua topik akan dibentangkan oleh dua orang dari pengurusan atasan LHDNM iaitu
a. Bajet 2012 - En Abd Aziz Hashim - Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) LHDNM
b. Audit Luar dari Perspekif LHDNM - Pn Nora'aini Jaa'far - Pengarah Jabatan Cukai Korporat LHDNM.
Seminar sehari ini bermula 8 pagi sehingga 5 30 petang dengan hanya RM400 sahaja seorang. Penerangan lanjut boleh dibaca dari broshur di bawah.
Jadi apa tunggu lagi. Daftarkan diri anda segera. Dapatkan 10 mata CPD. Bukan itu sahaja. sekiranya anda mendaftar anda akan dibekalkan dengan CD yang mengandungi Slide Taklimat Cukai Keuntungan Harta Tanah dan juga Rangka Kerja Audit Luar. Apa yang anda perlu lakukan adalah cetak borang di bawah dan isikan maklumat anda. Kemudian faxkan ke nombor yang tertera di broshur di atas atau anda juga boleh scan dan emel ke alamat
petalingjaya@hasil.gov.my. Bayaran tidak perlu risau kerana anda boleh membawa cek atas nama
INLAND REVENUE OFFICERS' UNION pada hari kejadian nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan