16 Mac 2013

Borang BE Tahun Taksiran 2012 Apa yang berbeza dengan Tahun Taksiran 2011

Assalamualaikum dn Salam Sejahtera.

Musim Cukai tiba lagi. Cuma tahun ini musim ini dijenamakan semula kepada Hasil4U dengan tagline Hasil Teman Ceria Anda atau Hasil Your Feel Good Partner.

Sudah 15 hari berlalu sejak Hasil4U dilancarkan pada 1 Mac 2013.

Orang ramai sudah mula berpusu-pusu ke Cawangan-Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang terdapat di seluruh Malaysia. Tidak kiralah samada mengisi Borang BE dengan borang Manual atau dengan e-filing. Tidak ketinggalan untuk generasi muda yang rata-rata mempunyai SmartPhone sudah tentu M-Filing menjadi pilihan.

Bagi yang masih tertunggu-tunggu untuk melaksanakan kewajipan kepada negara tercinta ini, sudah tentu ada yang masih tertanya-tanya apakah perkara baru atau perubahan yang telah dibuat bagi Tahun Taksiran 2012 ini berbanding Tahun Taksiran 2011 dahulu.

Sebenarnya tidak banyak yang berubah bagi pelepasan cukai yang dibenarkan Kerajaan. Apa yang berubah adalah seperti berikut:

a. Simpanan Bersih di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional. Jika dahulu di Tahun Taksiran 2011 pelepasan hanya dibenarkan maksimum RM3000 sahaja namun bagi Tahun Taksiran 2012 ini pelepasan dibenarkan telah dinaikkan kepada RM6000 setahun. Suatu amaun yang agak besar juga jika dimanafaatkan sepenuhnya. Num adalah diingatkan amaun ini adalah simpanan yang dibuat pada tahun 2012 sahaja. tidak dikira baki sebelum tahun 2012 ya.

b. Insuran Nyawa dan Caruman KWSP. Pelepasan masih lagi terhad kepada RM 6000, namum tidak lagi dikaitkan dengan skim anuiti tertunda sepertimana pada Tahun Taksiran 2011.

c. Skim Persaraan Swasta dan Skim Anuiti Tertunda. Jika pada Tahun Taksiran 2011 Skim Anuiti Tertunda dikaitkan dengan Insuran Nyawa dan Caruman KWSP  tetapi bagi Tahun Taksiran 2012 pula disatukan dengan perkara baru iaitu Skim Persaraan Swasta yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Jumlahnya pula terhad kepada RM3000 bagi kedua-duanya.

Itu sahajalah yang berubah. Bagi yang sudah biasa mengisi Borang BE sudah tentu tiada masalah untuk mengisinya. Bagi yang pertama kali mengisinya pula laman blog ini terdapat artikel-artikel lepas yang menerangkan pelepasan-pelepasan yang diberikan kerajaan. Untuk lebih penerangan laman web Hasil iaitu www.hasil.gov.my mempunyai banyak penerangan berkenaan perkara ini.

Sekian dahulu untuk kali ini.
Berjumpa di lain posting

Read More...

Video Clip Hasil4U

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Sebagai posting pembukaan untuk tahun ini sukalah saya memulakan dengan memaparkan dua video Clip dari Youtube berkenaan Hasil4U atau nama lamanya BPPC.

Saksikan dan semoga terhibur.

Video Hasil Keja Tangan Unit Multimedia Cawangan Petaling Jaya

Video dari Cawangan Kluang

Read More...

LHDN jejak 'kebocoran' bayar cukai - Petikan Utusan Malaysia 02/03/2013



Ahmad Husni Hanadzlah dan Mohd. Shukor Mahfar (kanan) bersama warga LHDN memegang logo Hasil4U pada majlis sambutan Hari Hasil dan Pelancaran Hasil4U di Cyberjaya, semalam

CYBERJAYA 1 Mac - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menyusun strategi dalaman serta mengenal pasti industri yang berlaku 'kebocoran' pembayaran cukai bagi mencapai sasaran kutipan RM130 bilion pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Dr. Mohd. Shukor Mahfar berkata, berikutan daripada itu, LHDN akan mengkaji pengalaman kutipan cukai negara lain bagi mengenal pasti industri yang kritikal.

''Pada zaman globalisasi ini, jika sesuatu keadaan berlaku di United Kingdom, Amerika Syarikat atau Jepun, keadaan sama juga akan berlaku di Malaysia."



''Jadi LHDN mahu bandingkan keadaan Malaysia dengan negara lain. Kita hendak tengok industri mana yang kritikal dan beri impak yang besar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Hasil dan Pelancaran Hasil4U di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Timbalannya, Datuk Donald Lim Siang Chai.

Hasil4U merupakan penjenamaan semula terhadap Bulan Perkhidmatan Pembayar Cukai (BPPC) di mana kaunter-kaunter perkhidmatan LHDN akan dibuka bagi menjawap pertanyaan selain membantu orang ramai mengisi borang.

LHDN pada tahun ini turut memperkenalkan tema Hasil Teman Keceriaan Anda untuk menggalakkan orang ramai membayar cukai.

Dalam pada itu, Mohd. Shukor berkata, LHDN tidak akan membiarkan segelintir pihak menjadi 'penumpang percuma' dengan tidak membayar cukai tetapi memanfaatkan hasil yang dibayar oleh orang lain.

''Apabila pembayar cukai yang jujur melihat tindakan tegas tidak diambil ke atas pelari cukai, ia juga menjejaskan tahap pematuhan mereka sekali gus menyebabkan penurunan kutipan cukai negara," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Shukor berkata, beliau percaya pelaksanaan gaji minimum tidak akan memberi kesan yang signifikan kepada kutipan cukai negara.

''Walaupun peniaga perlu menanggung pembayaran gaji yang lebih tinggi, tetapi peningkatan gaji itu juga menggalakkan produktiviti pekerja.

''Selain itu, tambahan gaji dalam kalangan pekerja termasuk pekerja asing akan menggalakkan mereka berbelanja sekali gus menyumbang kepada aktiviti ekonomi," katanya.

Read More...