Assalamualaikum dn Salam Sejahtera.
Musim Cukai tiba lagi. Cuma tahun ini musim ini dijenamakan semula kepada Hasil4U dengan tagline Hasil Teman Ceria Anda atau Hasil Your Feel Good Partner.
Sudah 15 hari berlalu sejak Hasil4U dilancarkan pada 1 Mac 2013.
Orang ramai sudah mula berpusu-pusu ke Cawangan-Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang terdapat di seluruh Malaysia. Tidak kiralah samada mengisi Borang BE dengan borang Manual atau dengan e-filing. Tidak ketinggalan untuk generasi muda yang rata-rata mempunyai SmartPhone sudah tentu M-Filing menjadi pilihan.
Bagi yang masih tertunggu-tunggu untuk melaksanakan kewajipan kepada negara tercinta ini, sudah tentu ada yang masih tertanya-tanya apakah perkara baru atau perubahan yang telah dibuat bagi Tahun Taksiran 2012 ini berbanding Tahun Taksiran 2011 dahulu.
Sebenarnya tidak banyak yang berubah bagi pelepasan cukai yang dibenarkan Kerajaan. Apa yang berubah adalah seperti berikut:
a. Simpanan Bersih di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional. Jika dahulu di Tahun Taksiran 2011 pelepasan hanya dibenarkan maksimum RM3000 sahaja namun bagi Tahun Taksiran 2012 ini pelepasan dibenarkan telah dinaikkan kepada RM6000 setahun. Suatu amaun yang agak besar juga jika dimanafaatkan sepenuhnya. Num adalah diingatkan amaun ini adalah simpanan yang dibuat pada tahun 2012 sahaja. tidak dikira baki sebelum tahun 2012 ya.
b. Insuran Nyawa dan Caruman KWSP. Pelepasan masih lagi terhad kepada RM 6000, namum tidak lagi dikaitkan dengan skim anuiti tertunda sepertimana pada Tahun Taksiran 2011.
c. Skim Persaraan Swasta dan Skim Anuiti Tertunda. Jika pada Tahun Taksiran 2011 Skim Anuiti Tertunda dikaitkan dengan Insuran Nyawa dan Caruman KWSP tetapi bagi Tahun Taksiran 2012 pula disatukan dengan perkara baru iaitu Skim Persaraan Swasta yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Jumlahnya pula terhad kepada RM3000 bagi kedua-duanya.
Sekian dahulu untuk kali ini.
Berjumpa di lain posting
Tiada ulasan:
Catat Ulasan