Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tahun 2015 menyaksikan sekali lagi Jadual PCB dipinda selaras dengan matlamat PCB sebagai cukai akhir. Seperti tahun tahun lalu dimana majikan diberikan pilihan samada untuk menggunakan Jadual PCB 2015 atau Pengiraan secara berkomputer. Namun perkara terpenting pindaan tahun ini adalah pindaan tarikh akhir PCB daripada 10hb bulan berikutnya kepada 15hb bulan berikutnya serta penghapusan Borang TP2 yang sebelum ini digunakan bagi pekerja yang memilih untuk memasukkan Manfaat Berupa Barangan(MBB) dan Nilai Tempat Kediaman(NTK) di dalam pengiraan PCB. Ini kerana mulai tahun 2015 MBB dan NTK wajib dimasukkan oleh majikan di dalam pengiraan PCB.
Jadual PCB 2015
Bagi majikan yang masih mahu meneruskan legasi dengan menggunakan Jadual PCB, mereka masih lagi dibenarkan menggunakan Jadual PCB 2015 yang boleh dimuat turun dari laman web LHDNM. Panduan untuk menggunakan Jadual PCB 2015 juga disediakan sekali disitu dengan memuat turun Garis Panduan PCB 2015.
Pengiraan Berkomputer
Pilihan yang lebih baik daripada penggunaan Jadual PCB adalah menggunakan kaedah Pengiraan berkomputer. Ini termasuklah menggunakan Sistem Gaji Berkomputer dari pembekal perisian yang telah disahkan oleh LHDNM, PCB kalkulator atau e-PCB.
Kaedah pengiraan berkomputer ini lebih tepat dan sekiranya digunakan secara konsisten dan betul, jumlah PCB tahunan akan bersamaan dengan amaun cukai yang dikira semasa pengisian borang BE. Dengan syarat semua pelepasan cukai yang dituntut di dalam borang BE telah diambilkira semasa pengiraan PCB dilakukan dengan menggunakan Borang TP1 yang kini wajib majikan melakukan pelarasan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Bulan mana dan berapa kerap tertakluk kepada majikan tetapi mesti sekurang-kurangnya 2 kali setahun mesti ada dilakukan pelarasan dengan borang TP1 yang dikemukakan oleh pekerja.
Sekian dahulu untuk kali ini. Bersambung lagi di lain posting.
Adguard. An adblock app.
5 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan