11 April 2015

PCB sebagai Cukai Muktamad

Salam sejahtera.

Berjumpa lagi kita di dalam posting kali ini yang akan menyentuh berkenaan PCB sebagai Cukai Muktamad atau di dalam bahasa Inggerisnya "PCB as Final Tax".Apakah itu Cukai Muktamad / "Final Tax"? Bagaimana untuk menikmati PCB sebagai Cukai Muktamad. Teruskan membaca...

Sebelum saya teruskan saya pasti ramai yang sudah mengetahui apa itu PCB. PCB adalah singkatan kepada Potongan Cukai Bulanan. Cukai yang dipotong dari gaji pekerja yang telah layak dikenakan cukai.

Kemudian apa itu Cukai Muktamad atau Final Tax. Cukai muktamad adalah cukai yang sepatutnya kena dibayar oleh seorang pembayar cukai bagi satu-satu Tahun Taksiran. Jadi jika digabungkan PCB sebagai cukai muktamad, maka apa yang dimaksudkan adalah berapa pun amaun yang telah dibuat potongan gaji dari gaji seorang pekerja tersebut boleh dianggap sebagai amaun cukai yang sepatutnya kena dibayar oleh seseorang pembayar cukai.

 Bagaimana perlaksanaan PCB sebagai cukai muktamad ni. Sebagai tahun pertama perlaksanaannya ianya dilaksanakan atas pilihan pembayar cukai sendiri bagi yang telah memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan. 


Apakah syarat-syarat yang telah ditetapkan? Ada 5 syarat yang telah ditetapkan bagi Tahun Taksiran 2014 iaitu:
a. Hanya mempunyai pendapatan penggajian sahaja. Tiada punca pendapatan lain selain penggajian. b. Mesti ada PCB dilakukan oleh majikan mengikut peraturan PCB.
c. Mesti bekerja dengan majikan yang sama bagi tempoh 12 bulan iaitu dari Januari hingga Disember 2014.
d. Cukai tidak ditanggung oleh majikan.
e. Tidak memilih untuk membuat taksiran bersama dengan pasangan.

 Bagi tahun taksiran 2015 pula ada sedikit perubahan syarat dilakukan.iaitu :
a. Hanya mempunyai pendapatan penggajian sahaja termasuk Manfaat Berupa Barangan dan juga Nilai Tetap Kediaman. Tiada punca pendapatan lain selain penggajian. b. Mesti ada PCB dilakukan oleh majikan mengikut peraturan PCB.
c. Tidak semestinya bekerja dengan majikan yang sama bagi tempoh 12 bulan iaitu antara Januari hingga Disember 2015.
d. Cukai tidak ditanggung oleh majikan.
e. Tidak memilih untuk membuat taksiran bersama dengan pasangan.

Jadi jika kita memenuhi sepenuhnya syarat-syarat ini apa yang kita boleh buat? Jika kita dag memenuhi sepenuhnya syarat ini kita berhak untuk memilih untuk tidak mengemukakan borang BE bagi tahun taksiran tersebut. Maknanya tiada lagi perlu isi borang BE samana secara manual atau e-filing.

Apa kesannya? Kesannya adalah semua PCB yang telah dipotong dari gaji akan dianggap sebagai cukai kena dibayar sepenuhnya dan tiada bayaran balik akan dilakukan.

Bila tarikh yang akan dianggap PCB tersebut sebagai cukai muktamad? Sebaik sahaja tamat tarikh penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) iaitu Borang BE samada manual atau e-filing yang mana lebih lewat.

Jika selepas tarikh tersebut saya berubah hati untuk mengemukakan BNCP pula bagaimana? Pengemukaan BNCP selepas tarikh tersebut akan dianggap lewat dan akan dikenakan penalti lewat.

Jadi sekiranya berubah hati untuk mengemukakan BNCP selepas tarikh tamat dengan tujuan untuk mendapatkan bayaran balik cukai terlebih bayar anda harus memastikan lebihan bayaran itu lebih banyak dari amaun penalti yang akan dikenakan. Jika tidak bukan sahaja tidak akan menerima bayaran balik tetapi kena bayar pula tambahan cukai untuk penalti lewat.

Jadi sebelum mempertimbangkan untuk tidak mengemukakan BNCP pastikan anda telah mengambilkira kesan kesannya.

Sekian dulu sehingga berjumpa di posting akan datang.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai e-filing. Saya berhenti kerja pada Disember 2015. Dan sepatutnya saya kene update e-filing sy dengan mengisi amount pengajian dan kwsp, bukan? Apakah penalti yang akn dikenakan kepada yang gagal berbuat demikian?

    BalasPadam