17 Mei 2009

Borang Nyata Cukai Pendapatan - Punca Perniagaan

Tarikh akhir penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi punca penggajian (Borang BE) telah berlalu iaitu pada 20 April yang lepas. Bagi yang terlewat tempoh konsesi juga telah berlalu iaitu 15 Mei. Jadi sekiranya anda belum lagi melaporkan pendapatan penggajian anda masih lagi boleh menghantar borang BE tersebut tetapi denda kelewatan hantar akan dikenakan. Kecualilah anda ada sebab musabab yang boleh diterima oleh LHDN.

Kini musim bagi penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi Punca Perniagaan (Borang B) pula yang akan berakhir 30 Jun 2009 ini. Bagi yang menjalankan perniagaan tunggal atau perkongsian atau yang mempunyai rumah sewa 4 unit dan lebih anda tertakluk dalam kategori ini. Tidak ketinggalan yang menjadi ejen insuran, amanah saham dan juga ejen/broker hartanah. Asalkan ada unsur-unsur perniagaan anda tertakluk di dalam kategori ini tidak kiralah perniagaan yang sah atau perniagaan haram seperti perniagaan VCD cetak rompak, bookie haram, ah long tidak berlesen, perkhidmatan mesin kuda, penyeludupan rokok dan arak dan tidak ketinggalan pengedaran dadah. Semua ini masih boleh dicukai pendapatan perniagaannya.

Jadi bagi yang menjalankan perniagaan bolehlah menyediakan penyata kewangan perniagaan masing-masing untuk dilaporkan di dalam Borang B dan pastikan dihantar sebelum 30 Jun 2009 ini. Sekiranya tidak berupaya atau berpengetahuan anda boleh mendapatkan perkhidmatan ejen cukai yang berlesen untuk menyediakan penyata kewangan dan Borang B anda.

E-filing juga masih boleh digunakan untuk Borang B. bagi yang belum ada no pin atau kata laluan boleh dapatkan di pejabat LHDN berhampiran.

Sebelum saya mengakhiri artikel kali ini rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Guru untuk semua Guru di seluruh Malaysia terutama guru yang pernah mengajar saya dari Sekolah Kebangsaan Bandar Easter, Sekolah Menengah Bandar Easter dan Pusat Matrikulasi Universiti Utara Malaysia. Tidak ketinggalan Pensyarah yang mengajar di Sekolah Teknologi Maklumat, Univerisiti Utara Malaysia dan juga Training Officer LHDN yang memberi tunjuk ajar semenjak Diploma Percukaian hinggalah ke Kursus Lanjutan kini.

Selamat Hari Guru

Cukai dihujung jari anda. Jom e.

2 ulasan:

  1. thanks Sob infonya yah bermanfaat bagi orang banyak nihh sebagai tambahan pengetahuan...da yang baru kasih tau lagi yah...thanks sebelumnya....

    BalasPadam
  2. good posting, please talk more about SKBE & SMBE next time...

    BalasPadam