Memaparkan catatan dengan label Borang B. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Borang B. Papar semua catatan

01 Julai 2011

30 Jun 2011 - Last Day Borang B

Khamis- PJ Trade Centre. Hari terakhir penghantaran borang B iaitu Borang Nyata Cukai Pendapatan untuk individu berpendapatan perniagaan berlalu dengan tenang tanpa kekecohan. Kaunter Bulan Perkhidmatan Pembayar Cukai yang dibuka di pejabat LHDNM juga tidak sepenuh ketika 30 April lalu. Ini kerana kebanyakan individu berpendapatan perniagaan telah menggunakan perkhidmatan ejen cukai. Jadi ejen cukai yang akan menguruskan borang B mereka sama ada dengan menggunakan e-filing atau borang manual.

Namun begitu masih ramai ejen cukai yang datang ke kaunter BPPC di saat akhir meminta borang B dalam kuantiti yang banyak. Sedangkan TAeF iaitu modul e-filing untuk ejen cukai telah dibangunkan oleh LHDNM untuk kegunaan ejen cukai secara percuma masih lagi rendah tahap penggunaannya. Masih lagi ada yang masih tidak tahu akan kewujudan TAeF. Mungkin modul ini perlu di promosikan lebih sedikit kepada ejen cukai atau wajibkan mereka ambil kursus menggunakan TAeF sebagai syarat mereka memperbaharui lesen ejen cukai.

Sekian dulu sehingga berjumpa lagi dilain waktu.

Read More...

03 Jun 2010

BPPC Fasa ke 2 2010

Minggu ini secara rasminya bermula BPPC fasa kedua untuk Individu berpendapatan perniagaan. Kaunter-kaunter BPPC sudah mula dikunjungi oleh pembayar cukai. Tidak seperti di bulan Mei hanya kira-kira 20 - 30 pengunjung sahaja sehari yang datang.

Kaunter BPPC yang ketika bulan April riuh rendah dengan pengunjung sunyi sepi di bulan Mei. Tapi kini sudah mula menampakkan pertambahan pengunjung. Bukan sahaja yang datang mengisi borang B tetapi ada lagi yang datang mengisi borang BE walaupun sudah diluar tempoh. Minggu hadapan di musim cuti sekolah dijangka ramai yang hadir dengan membawa anak-anak.

Sekian dulu untuk kali ini. jumpa di lain posting.

Read More...

01 Mei 2010

Musim Borang B bermula. Dateline 30 Jun 2010

Semalam 30 April 2010 berakhirlah tempoh penghantaran Borang BE bagi Tahun Taksiran 2009. Bagi yang dah hantar baguslah. Tapi yang belum sempat hantar tu tak dapat nak tolong lagi dah. Bersedialah kalau kena denda lewat hantar nanti. Dengan berakhirnya musim Borang BE maka fokus sekarang adalah pada Borang B iaitu bagi yang mempunyai pendapatan perniagaan iaitu Pemilik tunggal ataupun ahli kongsi perniagaan.

Musim borang B ni takdela sibuk sangat macam musim borang BE yang baru berlalu. Ini kerana kebanyakan ahli perniagaan akan hantar borang mereka melalui ejen cukai yang dilantik. Jadi kuranglah pengunjung kaunter BPPC di cawangan-cawangan LHDN seluruh Malaysia. Secara rasminya BPPC untuk Borang B akan bermula 1 Jun hinggan 30 Jun 2010. Tetapi Cawangan PJ seperti biasa lebih proaktif dan kaunter akan bermula 3 Mei 2010 hingga 30 Jun 2010.

Khidmat E-filing untuk e-B akan disediakan seperti biasa di Level 3 di PJTC. Bagi yang nak buat e-filing di PJTC di alu-alukan. Kaunter dibuka setiap hari bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Bagi yang masih nak buat e-filing untuk e-BE juga boleh lagi dan masih belum ditutup. Cuma sediakanlah duit lebih untuk denda lewat hantar borang ya.

Bagi yang dah hantar borang BE tapi belum buat bayaran juga ingatlah hari ini 1 Mei 2010 anda dah layak dikenakan denda 10% lewat bayar dibawah seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan. 60 hari dari 30 April iaitu 30 Jun jika ada baki lagi belum dibayar. Layak lagi kena denda tambahan 5% keatas baki cukai campur denda 10% tadi. Cuma bagi yang ada Potongan Cukai Berjadual sahaja diberi kelonggaran untuk bayar secara potongan gaji sehingga bulan Disember 2010 tanpa denda lewat bayar.

Jadi kalau yang ada baki kena bayar tu ambil lah tindakan segera ya sebelum terlambat.

Jumpa lagi di lain posting.

Read More...

30 Jun 2009

30Jun 2009 - Hari terakhir Bulan Perkhidmatan Pembayar Cukai

Hari ini 30 Jun 2009. Hari terakhir penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi Punca Pendapatan Perniagaan. Juga kemuncak Bulan Pekhidmatan Pembayar Cukai (BPPC). Hari ini juga dijangka pembayar cukai akan berduyun-duyun ke kaunter perkhidmatan untuk bertanyakan hal cukai pendapatan dan mengisi borang B (Bagi Punca Perniagaan).

Walaubagaimanapun, kemuncak Borang B ini tidaklah semeriah kemuncakBorang BE pada 30April tempoh hari. Ini kerana kebanyakan warga perniagaan menggunakan khidmat ejen cukai bertauliah untukmenguruskan Borang B mereka. Jadi kaunter efiling kurang sikitlah sesaknya.

Sempena hari terakhir ini, bagi yang ingin membuat bayaran menggunakan cek boleh menyerahkan cek kekaunter khas yang disediakan. Tidak perlu ke bank atau kaunter bayaran Jln Duta. Walaubagaimanapun resit akan diposkan ke alamat surat menyurat.

Akhir kata untuk yang bakal menghantar borang selamat menghantar borang. yang belum membuat bayaran buatlah bayaran sebelum petang hari ini untuk mengelakkan denda 10% keesokan hari.

Sekian dulu untuk pagi ini.

Membangun Bersama Negara
Cukai dihujung jari anda.Jom e

www.belajarcukai.blogspot.com

Read More...

24 Jun 2009

Minggu Terakhir Penyerahan Borang Nyata Cukai Pendapatan - Pendapatan Sumber Perniagaan

Hari ini 24 Jun 2009 genap 7 hari lagi sebelum tarikh tutup penyerahan Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi punca pendapatan perniagaan (Borang B) iaitu pada 30 Jun 2009. Seperti biasa rakyat Malaysia dijangka akan menghantar Borang Nyata di saat terakhir hari terakhir. Kaunter perkhidmatan di Pejabat LHDN masih lagi lengang dan tidak digunakan sepenuhnya.

Kemungkinan untuk Borang B ini ramai ahli perniagaan yang menggunakan khidmat ejen cukai yang dilantik oleh kerana tidak kurang kompleksnya berbanding Borang BE (Punca pendapatan Penggajian). Jadi kaunter perkhidmatan tidaklah diperlukan sangat. Yang hadir kebanyakannya yang baru memulakan perniagaan dan juga yang masih berusaha mengisi Borang B sendiri.

Samada secara manual atau secara e-filing pastinya petugas kaunter akan sibuk sedikit untuk 7 hari terakhir ini. Mujurlah tidak seperti musim Borang BE, kaunter tidak dibuka hujung minggu dan ditutup sehingga jam 5 petang sahaja.

Untuk rakan-rakan peniaga sekelian. Tunaikanlah tanggungjawab anda. Bersama kita membangunkan negara tercinta dengan menyumbangkan sedikit dari pendapatan kita untuk cukai pendapatan.

Akhir kata Cukai dihujubf jari anda. Jom e.

Read More...

17 Mei 2009

Borang Nyata Cukai Pendapatan - Punca Perniagaan

Tarikh akhir penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi punca penggajian (Borang BE) telah berlalu iaitu pada 20 April yang lepas. Bagi yang terlewat tempoh konsesi juga telah berlalu iaitu 15 Mei. Jadi sekiranya anda belum lagi melaporkan pendapatan penggajian anda masih lagi boleh menghantar borang BE tersebut tetapi denda kelewatan hantar akan dikenakan. Kecualilah anda ada sebab musabab yang boleh diterima oleh LHDN.

Kini musim bagi penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi Punca Perniagaan (Borang B) pula yang akan berakhir 30 Jun 2009 ini. Bagi yang menjalankan perniagaan tunggal atau perkongsian atau yang mempunyai rumah sewa 4 unit dan lebih anda tertakluk dalam kategori ini. Tidak ketinggalan yang menjadi ejen insuran, amanah saham dan juga ejen/broker hartanah. Asalkan ada unsur-unsur perniagaan anda tertakluk di dalam kategori ini tidak kiralah perniagaan yang sah atau perniagaan haram seperti perniagaan VCD cetak rompak, bookie haram, ah long tidak berlesen, perkhidmatan mesin kuda, penyeludupan rokok dan arak dan tidak ketinggalan pengedaran dadah. Semua ini masih boleh dicukai pendapatan perniagaannya.

Jadi bagi yang menjalankan perniagaan bolehlah menyediakan penyata kewangan perniagaan masing-masing untuk dilaporkan di dalam Borang B dan pastikan dihantar sebelum 30 Jun 2009 ini. Sekiranya tidak berupaya atau berpengetahuan anda boleh mendapatkan perkhidmatan ejen cukai yang berlesen untuk menyediakan penyata kewangan dan Borang B anda.

E-filing juga masih boleh digunakan untuk Borang B. bagi yang belum ada no pin atau kata laluan boleh dapatkan di pejabat LHDN berhampiran.

Sebelum saya mengakhiri artikel kali ini rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Guru untuk semua Guru di seluruh Malaysia terutama guru yang pernah mengajar saya dari Sekolah Kebangsaan Bandar Easter, Sekolah Menengah Bandar Easter dan Pusat Matrikulasi Universiti Utara Malaysia. Tidak ketinggalan Pensyarah yang mengajar di Sekolah Teknologi Maklumat, Univerisiti Utara Malaysia dan juga Training Officer LHDN yang memberi tunjuk ajar semenjak Diploma Percukaian hinggalah ke Kursus Lanjutan kini.

Selamat Hari Guru

Cukai dihujung jari anda. Jom e.

Read More...