30 Jun 2009

30Jun 2009 - Hari terakhir Bulan Perkhidmatan Pembayar Cukai

Hari ini 30 Jun 2009. Hari terakhir penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi Punca Pendapatan Perniagaan. Juga kemuncak Bulan Pekhidmatan Pembayar Cukai (BPPC). Hari ini juga dijangka pembayar cukai akan berduyun-duyun ke kaunter perkhidmatan untuk bertanyakan hal cukai pendapatan dan mengisi borang B (Bagi Punca Perniagaan).

Walaubagaimanapun, kemuncak Borang B ini tidaklah semeriah kemuncakBorang BE pada 30April tempoh hari. Ini kerana kebanyakan warga perniagaan menggunakan khidmat ejen cukai bertauliah untukmenguruskan Borang B mereka. Jadi kaunter efiling kurang sikitlah sesaknya.

Sempena hari terakhir ini, bagi yang ingin membuat bayaran menggunakan cek boleh menyerahkan cek kekaunter khas yang disediakan. Tidak perlu ke bank atau kaunter bayaran Jln Duta. Walaubagaimanapun resit akan diposkan ke alamat surat menyurat.

Akhir kata untuk yang bakal menghantar borang selamat menghantar borang. yang belum membuat bayaran buatlah bayaran sebelum petang hari ini untuk mengelakkan denda 10% keesokan hari.

Sekian dulu untuk pagi ini.

Membangun Bersama Negara
Cukai dihujung jari anda.Jom e

www.belajarcukai.blogspot.com

Read More...

24 Jun 2009

Minggu Terakhir Penyerahan Borang Nyata Cukai Pendapatan - Pendapatan Sumber Perniagaan

Hari ini 24 Jun 2009 genap 7 hari lagi sebelum tarikh tutup penyerahan Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi punca pendapatan perniagaan (Borang B) iaitu pada 30 Jun 2009. Seperti biasa rakyat Malaysia dijangka akan menghantar Borang Nyata di saat terakhir hari terakhir. Kaunter perkhidmatan di Pejabat LHDN masih lagi lengang dan tidak digunakan sepenuhnya.

Kemungkinan untuk Borang B ini ramai ahli perniagaan yang menggunakan khidmat ejen cukai yang dilantik oleh kerana tidak kurang kompleksnya berbanding Borang BE (Punca pendapatan Penggajian). Jadi kaunter perkhidmatan tidaklah diperlukan sangat. Yang hadir kebanyakannya yang baru memulakan perniagaan dan juga yang masih berusaha mengisi Borang B sendiri.

Samada secara manual atau secara e-filing pastinya petugas kaunter akan sibuk sedikit untuk 7 hari terakhir ini. Mujurlah tidak seperti musim Borang BE, kaunter tidak dibuka hujung minggu dan ditutup sehingga jam 5 petang sahaja.

Untuk rakan-rakan peniaga sekelian. Tunaikanlah tanggungjawab anda. Bersama kita membangunkan negara tercinta dengan menyumbangkan sedikit dari pendapatan kita untuk cukai pendapatan.

Akhir kata Cukai dihujubf jari anda. Jom e.

Read More...