Memaparkan catatan dengan label BPPC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BPPC. Papar semua catatan

30 April 2011

30 April 2011 - Tahun kedua di PJTC

Jam 6 tadi dengan rasminya tamatlah Bulan Perkhidmatan Pembayar Cukai - Fasa Pertama bagi tahun 2011 ni. Tahun kedua bagi Cawangan Petaling Jaya menjayakannya di PJ Trade Centre, Damansara Perdana. Seperti yang dijangka orang ramai berpusu-pusu seawal 8 pagi lagi untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara. Itu baru hantar Borang BE. Bagi yang kena bayar cukai jangan lupa bayar sebelum 12 tengah malam ni pula ya. Kalau tidak Kenaikan di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967 pula menanti anda. Bagi yang akan dapat refund tu tunggulah giliran anda dengan sabar. Pasti dapat kalau memang ada lebihan kredit di LHDNM.

Seperti dijanjikan disertakan gambaran suasana di Cawangan Petaling Jaya yang diambil tengahhari tadi. Panas lagi ni. Berita TV pun tak keluar lagi.








Masa gambar ni diambil krew Tv9 baru je meninggalkan Dewan Hasil Seri Mutiara. Malam ni tgk la berita di TV9. Pasti ada gambar punyalah. Kepada Krew Petugas, ni baru fasa pertama. Hari Selasa nanti dah mula fasa kedua pula ya.

Sekian dulu laporan berita. Adios. Selamat Hari Pekerja.

Read More...

Hari Terakhir hari ini. Jangan terlewat ya.....

Selamat pagi. Hari terakhir boraang BE tahun ni jatuh pada hari cuti. Pasti ramai yang menunggu hari ini untuk menyelesaikan penghantaran Borqng BE samada mengguna e-filing atau borang kertas. Yang pastinya pembayar cukai akan berpusu-pusu ke kaunter BPPC di Cawangan-cawangan LHDN berhampiran.

Posting kali ini special sikit sebab disertakan gambar suasana kaunter BPPC di Cawangan Petaling Jaya pada 29 April 2011.





Gambar-gambar ini diambil petang semalam selepas solat Jumaat. Hari ini dijangka lebih ramai lagi. Kaunter pandu lalu juga telah beroperasi sejak semalam untuk pembayar cukai menyerahkan borang BE kertas tanpa perlu keluar dari kereta.

Kaunter hanya dibuka sehingga jam 6.00 petang sahaja ya. Untuk yang buat e-filing sendiri hanya sampai jam 11.59 malam ini sahaja. Selepas jam 12.00 tengah malam telah dikira lewat.

Sekian dulu. Insyaallah malam ni akan ada pula gambar suasana hari ini.

Read More...

24 April 2011

Seminggu lagi ke tarikh akhir. Dah hantar ke belum?

Hari ini 24 April 2011. Tinggal hanya genap 7 hari lagi sebelum 12 malam 1 Mei 2011. Tarikh akhir penghantaran Borang BE iaitu Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi individu tiada pendapatan perniagaan. Sudahkaah anda menunaikan tanggungjawab anda kepada negara tercinta ini? Tahniah kepada yang sudah menunaikannya. Bagi yang belum lagi sedangkan anda layak dan telah mempunyai nombor rujukan cukai pendapatan masih ada masa lagi untuk menunaikan tanggungjawab anda.Janganlah tunggu hingga ke saat akhir 30 April 2011 baru nak tunaikan tanggungjawab. Nanti masa tu itulah keadaan kelam kabut akan berlaku. Ketika itulah baru nak mendapatkan Borang BE manual, no pin e-filing dan barulah nak reset katalaluan e-filing yang telah ditinggalkan setahun yang lalu. Ditambah lagi dengan kadar capaian laman web e-filing yang dijangka sesak pada masa itu akan menyebabkan capaian menjadi perlahan. Maka akan terdengarlah suara-suara sumbang yang mengutuk dan tak kurang mencaci apabila tidak dapat melayari laman web e-filing dan melangsaikan penghantaran e-BE melalui e-filing.

Hari ini juga hari kedua kaunter Bulan Perkhidmatan Pembayar Cukai(BPPC) dibuka pada hujung minggu. Jadi Jangan lepaskan peluang untuk yang tiada kemudahan komputer dan belum ada lagi no pin e-filing dan terlupa kata laluan untuk mendapatkannya sekaligus boleh terus menghantar borang e-BE di kaunter BPPC yang dibuka dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Ingat tau sehingga 6 petang sahaja. Tiada lagi kaunter sehingga 8 malam. Kalau datang selepas jam 6 maka pejabat yang tiada penghuni sahajalah yang akan ada disitu.

Gunakanlah sepenuhnya kaunter yang dibuka ini untuk menghantar e-BE, membayar dengan cek dan juga memohon bayaran secara ansuran sehingga maksimum 6 kali ansuran samada secara potongan gaji atau ansuran sendiri. Juga untuk memohon kedudukan cukai dan bayaran balik. Dapatkanlah nasihat dari pegawai LHDN yang sentiasa ramah dengan senyuman dan sedia membantu dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda.

Akhir kata marilah kita bersama membangun negara dan berkhidmat untuk negara dengan menunaikan tanggungjawab kita menyumbangkan cukai pendapatan.

Read More...

03 Jun 2010

BPPC Fasa ke 2 2010

Minggu ini secara rasminya bermula BPPC fasa kedua untuk Individu berpendapatan perniagaan. Kaunter-kaunter BPPC sudah mula dikunjungi oleh pembayar cukai. Tidak seperti di bulan Mei hanya kira-kira 20 - 30 pengunjung sahaja sehari yang datang.

Kaunter BPPC yang ketika bulan April riuh rendah dengan pengunjung sunyi sepi di bulan Mei. Tapi kini sudah mula menampakkan pertambahan pengunjung. Bukan sahaja yang datang mengisi borang B tetapi ada lagi yang datang mengisi borang BE walaupun sudah diluar tempoh. Minggu hadapan di musim cuti sekolah dijangka ramai yang hadir dengan membawa anak-anak.

Sekian dulu untuk kali ini. jumpa di lain posting.

Read More...

01 Mei 2010

Musim Borang B bermula. Dateline 30 Jun 2010

Semalam 30 April 2010 berakhirlah tempoh penghantaran Borang BE bagi Tahun Taksiran 2009. Bagi yang dah hantar baguslah. Tapi yang belum sempat hantar tu tak dapat nak tolong lagi dah. Bersedialah kalau kena denda lewat hantar nanti. Dengan berakhirnya musim Borang BE maka fokus sekarang adalah pada Borang B iaitu bagi yang mempunyai pendapatan perniagaan iaitu Pemilik tunggal ataupun ahli kongsi perniagaan.

Musim borang B ni takdela sibuk sangat macam musim borang BE yang baru berlalu. Ini kerana kebanyakan ahli perniagaan akan hantar borang mereka melalui ejen cukai yang dilantik. Jadi kuranglah pengunjung kaunter BPPC di cawangan-cawangan LHDN seluruh Malaysia. Secara rasminya BPPC untuk Borang B akan bermula 1 Jun hinggan 30 Jun 2010. Tetapi Cawangan PJ seperti biasa lebih proaktif dan kaunter akan bermula 3 Mei 2010 hingga 30 Jun 2010.

Khidmat E-filing untuk e-B akan disediakan seperti biasa di Level 3 di PJTC. Bagi yang nak buat e-filing di PJTC di alu-alukan. Kaunter dibuka setiap hari bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Bagi yang masih nak buat e-filing untuk e-BE juga boleh lagi dan masih belum ditutup. Cuma sediakanlah duit lebih untuk denda lewat hantar borang ya.

Bagi yang dah hantar borang BE tapi belum buat bayaran juga ingatlah hari ini 1 Mei 2010 anda dah layak dikenakan denda 10% lewat bayar dibawah seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan. 60 hari dari 30 April iaitu 30 Jun jika ada baki lagi belum dibayar. Layak lagi kena denda tambahan 5% keatas baki cukai campur denda 10% tadi. Cuma bagi yang ada Potongan Cukai Berjadual sahaja diberi kelonggaran untuk bayar secara potongan gaji sehingga bulan Disember 2010 tanpa denda lewat bayar.

Jadi kalau yang ada baki kena bayar tu ambil lah tindakan segera ya sebelum terlambat.

Jumpa lagi di lain posting.

Read More...

29 April 2010

Sehari sebelum dateline 30 April 2010.

Hari ini 29 April 2010. Sehari sebelum dateline Borang BE untuk yang mempunyai pendapatan Penggajian. Semakin ramai berpusu-pusu ke serata cawangan LHDN. Di Cawangan PJ seperti biasa kemeriahan semakin terasa. Ditanbah dengan Nescafe memberikan minuman pagi percuma dan Bata membuat jualan Gudang berjenama keadaan seakan menjadi satu karnival.


Walaubagaimanapun keadaan tidaklah seperti tahun sudah ketika di Kelana Brem. Pembayar cukai yang datang kali ini nampaknya telah lebih bersedia. Saya belum lagi berjumpa dengan pembayar cukai yang datang dengan membawa Borang BE yang masih cantik di dalam sampul plastik yang belum dibuka. Masing-masing nampaknya telah celik e-filing. Jika tahun lalu 900 ribu pembayar cukai menggunakan e-filing, tahun ini kemungkinan meningkat kepada 1.5 juta atau lebih 2 juta. Mungkin sebab bekalan Borang BE manual yang terhad di cawangan-cawangan menyebabkan pembayar cukai terpaksa menggunakan e-filing.

Di PJ keadaan di Dewan Hasil masih lagi terkawal. Kemungkinan oleh kerana dewan yang lebih luas dan jumlah komputer yang lebih banyak dari tahun lalu.

Soalan yang kerap ditanya dan menjadi favourite tahun ini adalah mengenai pelepasan faedah perumahan . Sampai dah hafal dah syarat-syarat pelepasan tu tanpa rujuk buku. Tapi tadi ada pembayar cukai tanya kalau rumah tu daftar 2 nama tapi sorang je yang buat pinjaman. Boleh ke dua dua tuntut pelepasan ni? Jawapannya orang yang buat pinjaman tu sahaja yang layak tuntut pelepasan ni. Tapi kalau taksiran bersama dan taksiran tidak dibuat atas nama peminjam maka pelepasan layak dituntut pasangan peminjam kerana dianggap perbelanjaan dibuat oleh pasangan yang bukan peminjam.

Petang tadi dan petang esok kaunter e-filing masih akan ditutup jam 6 petang. Tiada lagi 8 malam dan tiada lagi 12 tgh malam. Jika anda datang selepas jam 6 petang anda akan hanya jumpa dengan polis bantuan yang mengawal bangunan sahajalah.

Jadi datang awal lah ya. Jumpa esok.

Read More...

18 Mac 2010

Always Ready to Serve 1PJ

Salam Sejahtera.Lama betul dah tak hantar posting kat sini. Tup tup musim cukai kembali lagi. Bagi yang memfail kan borang dengan e-filing, sistem e-filing dah boleh diguna seawal 1 Mac tempoh hari. Kemudian BKK pun war-warkanlah e-filing dah boleh guna. Maka seperti biasa berduyun-duyun lah pembayar cukai datang ke pelbagai cawangan LHDN seluruh Malaysia dengan harapan boleh gunakan e-filing disitu.

Walaubagaimanapun BPPC hanya akan bermula 1 April hingga 30 April untuk Borang BE dan 1 Jun hingga 30 Jun untuk Borang B. Makanya kebanyakan cawangan ini belum bersedia lagi dengan program BPPC. Namun ada satu cawangan yang secara proaktifnya telah bersedia seawal 1 Mac lagi sebelum arahan rasmi dikeluarkan. Walaupun di dalam kesibukan untuk berpindah ke bangunan baru cawangan ini masih sempat lagi menyediakan kemudahan e-filing seperti biasa. Cawangan manakah itu? Itulah caw PJ.
Kemudian berita ini dapat dihidu oleh BKK maka diwar warkanlah kepada semua anggotanya di Call Centre. Setiap penggilan yang masuk bertanyakan dimana boleh gunakan e-filing. Caw PJ lah jawapannya. Maka datanglah berduyun-duyun pembayar cukai dari seluruh pelusuk lembah klang ke caw PJ yang sedang bersedia untuk berpindah pejabat. Dengan hanya bersedia untuk lebih kurang 2 minggu anggota caw PJ melayan pembayar cukai yang datang. Setiap hari lebih kurang 150 pembayar cukai hadir untuk sesi pagi dan jumlah yang hampir lebih kurang sama juga di sesi petang. Para petugas dikerahkan sepertimana BPPC telahpun bermula.
Sungguh dedikasi anggota Caw PJ ini. Yang mana dengan tugas perpindahan yang bermula seawal 6 Mac dengan tugas perpindahannya. Yang menjaga kauntere-filing dan melayan pembayar cukai terus dengan kerjanya. Sehingga ke saat-saat akhir untuk beroperasi di bangunan baru pun kaunter tetap dibuka. Secara rasminya Caw PJ akan beroperasi di bangunan baru pada 22 Mac tetapi pada Jumaat 19 Mac kaunter masih lagi dibuka untuk melayan pembayar cukai yang datang. Hanya selepas jam 2 barulah Caw PJ akan ditutup sementara proses perpindahan akhir ke bangunan baru.
Jika tiada masalah timbul pada 22 Mac kaunter e-filing akan dibuka dengan wajah baru, ditempat baru namun dengan petugas yang masih sama yang sangat dedikasi dan always ready to serve dan mengotakan slogan “Perkhidmatan Terbaik Untuk Anda”. Terus maju Caw PJ menjadi 1PJ.
Sekian dulu untuk kali ini. Berjumpa lagi di masa akan datang.

Read More...

30 Jun 2009

30Jun 2009 - Hari terakhir Bulan Perkhidmatan Pembayar Cukai

Hari ini 30 Jun 2009. Hari terakhir penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi Punca Pendapatan Perniagaan. Juga kemuncak Bulan Pekhidmatan Pembayar Cukai (BPPC). Hari ini juga dijangka pembayar cukai akan berduyun-duyun ke kaunter perkhidmatan untuk bertanyakan hal cukai pendapatan dan mengisi borang B (Bagi Punca Perniagaan).

Walaubagaimanapun, kemuncak Borang B ini tidaklah semeriah kemuncakBorang BE pada 30April tempoh hari. Ini kerana kebanyakan warga perniagaan menggunakan khidmat ejen cukai bertauliah untukmenguruskan Borang B mereka. Jadi kaunter efiling kurang sikitlah sesaknya.

Sempena hari terakhir ini, bagi yang ingin membuat bayaran menggunakan cek boleh menyerahkan cek kekaunter khas yang disediakan. Tidak perlu ke bank atau kaunter bayaran Jln Duta. Walaubagaimanapun resit akan diposkan ke alamat surat menyurat.

Akhir kata untuk yang bakal menghantar borang selamat menghantar borang. yang belum membuat bayaran buatlah bayaran sebelum petang hari ini untuk mengelakkan denda 10% keesokan hari.

Sekian dulu untuk pagi ini.

Membangun Bersama Negara
Cukai dihujung jari anda.Jom e

www.belajarcukai.blogspot.com

Read More...

25 April 2009

25 April 2009 - Tinggal 5 Hari lagi. Coundown to 30 April 2009

Hari ini tinggal 5 hari lagi sebelum 12 tgh malam 30 April 2009. Di kaunter BPPC semakin ramai yang hadir ke Pejabat LHDN diseluruh Malaysia. Jumlah petugas ditambah untuk melayan pembayar cukai yang datang mendapatkan perkhidmatan.

Untuk hari ini dan esok kaunter dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 6 petang. dan minggu hadapan kaunter dibuka sehingga jam 10 malam. Seperti biasa hari terakhir iaitu 30 April dijangka kaunter tidak akan lengang sehingga jam 12 tgh malam. Sepertimana tahun tahun sudah.

Jadi ambillah kesempatan ini untuk datang dan bertanya segala kemusykilan dan seterusnya mengisi Borang BE samada secara Manual atau E-filing.

Juga jangan dilupa sekiranya ada cukai atau baki cukai yang perlu dibayar bayaran perlu dibuat pada atau sebelum 30 April 2009 juga. Tidak perlu tunggu apa-apa Notis taksiran dari LHDN kerana di dalam Sistem Taksir Sendiri, Pembayar cukai yang mengira cukai mereka sendiri dan Borang BE tersebut disifatkan sebagai Notis Taksiran. Tiada lagi Notis Taksiran dihantar kecuali untuk Taksiran Tambahan dan Taksiran Kurangan dan juga Taksiran untuk Borang yang lewat diterima.

Bayaran Boleh dibuat di CIMB Bank,Public Bank, Maybank, dan Kaunter Bayaran diJalan Duta. Sekiranya ada Internet Banking boleh juga membuat bayaran di laman web Bank yang sama di atas. Selain itu LHDN juga ada perkhidmatan e-payment melalui FPX dilaman web e-filing.

Rasanya itu sahaja maklumat pagi ini.

Cukai dihujung jari anda. Jom e.

Read More...