19 September 2009

Selamat Hari Raya AidilFitri 1430H

Hari ini 29 Ramadhan 1430H bersamaan 19 September 2009. Bermakna dah 28 hari kita dah berpuasa di bulan Ramadhan dan hari ini hari ke 29. Petang ini anak bulan akan diteropong dan kalau kelihatan ataupun dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja maka esok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sekiranya sebaliknya maka lusa lah kita akan beraya.Diakhir-akhir Ramadhan ini marilah kita menghisab diri adakah Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas-lepas atau telah berlaku sebaliknya. Yang penting sekali, bagi yang nak buat 'tax planning' dah buat ke seperti yang saya cadangkan di posting ketika awal Ramadhan tempoh hari?

Kalau sudah maka akan kuranglah pendapatan kerajaan tahun ini dari anda.Hehe. Disamping mendapat pahala yang besar dengan membayar zakat samada zakat Fitrah atau zakat yang lain lain dibulan Ramadhan ni dapat pula rebat dari kerajaan untuk cukai pendapatan. Lagi banyak bayar zakat lagi banyak la rebat yang kita dapat. Lagi banyak rebat lagi kurang atau tak payah langsung bayar cukai pendapatan. Bagi yang ada Potongan Cukai Berjadual atau Skim Ansuran Seksyen 107B maka akan dapat bayaran baliklah tahun hadapan. Macam dapat Bonus la kiranya. Walaupun sebenarnya duit kita sendiri jugak.

Sempena nak sambut hari Raya Aidilfitri 1430H esok atau lusa ni saya nak mengambil kesempatan ni buat ucapan sikit.

Saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H kepada semua blogger, pembaca setia blog ini, para pengunjung, rakan-rakan facebook , rakan -rakan sekerja di HASIL dan semua rakyat Malaysia khasnye dan seluruh umat Islam amnya.

Saya juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap terkasar bahasa termakan terminum minta dihalalkan. Lepas hari raya ni kita buka buku baru ye. Maaf Zahir dan Batin.

Sekian.


Read More...

07 September 2009

Hari ini Dalam Sejarah. Saya 3 tahun yang lalu.

ARKIB : 08/09/2006 Petikan dari Utusan Malaysia
Agensi kerajaan disaran tubuh Askar Wataniah

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

BANGI 7 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan supaya lebih banyak agensi kerajaan dan badan berkanun menubuhkan Askar Wataniah di tempat masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri berkata, program ini sebenarnya mampu melahirkan individu yang berdisiplin, semangat berpasukan, yakin diri, mempunyai ketahanan fizikal dan mental.

Menurutnya, di samping anggota tetap, negara amat memerlukan pasukan simpanan seperti Askar Wataniah sebagai barisan pertahanan kedua bagi melindungi kawasan strategik dan bersama anggota tetap di barisan hadapan sekiranya diperlukan.

“Justeru, Kementerian Pertahanan menyasarkan sebelum 2020, bilangan Askar Wataniah akan meningkat kepada tiga kali ganda berbanding sekarang iaitu 44,000 orang bagi mewujudkan benteng pertahanan negara yang kuat.


“Saya berharap agensi kerajaan dan badan berkanun melihat latihan ketenteraan ini sebagai satu program yang boleh memberi manfaat kepada kakitangan dari segi membina semangat disiplin yang tinggi dan boleh meningkatkan mutu kerja,’’ katanya pada sidang akhbar selepas majlis Pelancaran Pasukan Askar Wataniah Hasil di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan Panglima Tentera Darat, Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

Menurut Najib yang juga Menteri Pertahanan, tindakan yang diambil oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mewujudkan pasukan wataniahnya sendiri dan mewajibkan semua pegawai baru untuk mengikuti latihan asas perajurit muda harus dipuji.

“Dengan cara ini, maka LHDN bukan sahaja menyumbang kepada pertahanan negara tetapi dapat memupuk barisan pegawai berdisiplin, mempunyai motivasi tinggi, berani, cekal dan dapat bergerak dalam satu pasukan.

“Ini boleh dilihat melalui prestasi LHDN yang semakin meningkat iaitu pada tahun lalu, hasil kutipan berjumlah RM56.8 bilion dan tahun ini dijangka melepasi RM60 bilion, malah setakat ini RM45 bilion sudah dikutip,’’ katanya.

Najib turut memberitahu, setakat ini kerajaan masih belum mengeluarkan arahan untuk mewajibkan semua rakyat menyertai Askar Wataniah.

“Ia masih secara sukarela,’’ jelasnya.

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Zainol Abidin Abd. Rashid, sejak diwujudkan, program ala ketenteraan itu memberi impak yang positif kepada organisasi dan negara.

Sehubungan itu, LHDN telah menetapkan supaya semua pegawai baru eksekutif gred 7 diwajibkan mengikuti kursus asas perajurit muda sebelum disahkan dalam jawatan mulai kemasukan 1 Oktober 2003.

“LHDN juga berhasrat untuk memperluaskan program wataniah ini kepada semua gred jawatan lantikan baru pada masa hadapan,’’ katanya.

Setakat ini, menurutnya, LHDN mempunyai 635 pegawai yang telah mengikuti Kursus Asas Perajurit Muda sejak mula dilaksanakan pada 2002.

Jumlah itu menjadikan LHDN satu-satunya agensi yang mempunyai anggota wataniah teramai berbanding agensi kerajaan dan badan berkanun lain.

Read More...

01 September 2009

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 penuh semangat 1Malaysia



Tempohhari semasa upload video sambutan hari kemerdekaan ke 52 tak sempat nak tulis aper2 pun. Hari ini baru la sempat nak menulis.

Sebenarnya tiap tahun sambutan hari kemerdekaan sejak kecil lagi yang ditunggu-tunggu adalah perarakan yang dilakukan oleh kontigen-kontigen yang mengambil bahagian. Dengan pakaian yang berwarna warni dan kadang-kadang futuristik amat menarik minat.
Namun semenjak 3 tahun lepas ni apa yang diberi tumpuan telah berubah dari acara perarakan kepada perbarisan kawalan kehormat Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja ketika menyambut dan mengucapkan selamat jalan kepada Yang Dipertuan Agong.
Maklumlah ada kenangan tersendiri yang mengusik jiwa bila teringat ketika terlibat di dalam Perbarisan pelancaran Askar Wataniah Hasil pada 7 September 2006 oleh YAB Perdana Menteri (Pada masa itu masih Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak. Hari ini 7 September 2009, 3 tahun selepas pelancarannya kenangan tersebut masih kuat terpahat dihati.

Segala pergerakan hormat senjata. lintas lalu dan pemeriksaan perbarisan oleh YAB Perdana Menteri akan terus tersimpan di sanubari. Walaupun kini tidak terlibat secara aktif dengan Askar Wataniah namun segala ilmu yang diterima semasa Rekrut Perajurit Muda dan seterusnya Pelancaran Askar Wataniah Hasil akan digunakan sepenuhnya sekiranya negara tercinta ini diancam musuh-musuh negara.

Sekian dahulu untuk kali ini.
http://belajarcukai.blogspot.com/

Read More...