Hari ini 29 April 2010. Sehari sebelum dateline Borang BE untuk yang mempunyai pendapatan Penggajian. Semakin ramai berpusu-pusu ke serata cawangan LHDN. Di Cawangan PJ seperti biasa kemeriahan semakin terasa. Ditanbah dengan Nescafe memberikan minuman pagi percuma dan Bata membuat jualan Gudang berjenama keadaan seakan menjadi satu karnival.
Walaubagaimanapun keadaan tidaklah seperti tahun sudah ketika di Kelana Brem. Pembayar cukai yang datang kali ini nampaknya telah lebih bersedia. Saya belum lagi berjumpa dengan pembayar cukai yang datang dengan membawa Borang BE yang masih cantik di dalam sampul plastik yang belum dibuka. Masing-masing nampaknya telah celik e-filing. Jika tahun lalu 900 ribu pembayar cukai menggunakan e-filing, tahun ini kemungkinan meningkat kepada 1.5 juta atau lebih 2 juta. Mungkin sebab bekalan Borang BE manual yang terhad di cawangan-cawangan menyebabkan pembayar cukai terpaksa menggunakan e-filing.
Di PJ keadaan di Dewan Hasil masih lagi terkawal. Kemungkinan oleh kerana dewan yang lebih luas dan jumlah komputer yang lebih banyak dari tahun lalu.
Soalan yang kerap ditanya dan menjadi favourite tahun ini adalah mengenai pelepasan faedah perumahan . Sampai dah hafal dah syarat-syarat pelepasan tu tanpa rujuk buku. Tapi tadi ada pembayar cukai tanya kalau rumah tu daftar 2 nama tapi sorang je yang buat pinjaman. Boleh ke dua dua tuntut pelepasan ni? Jawapannya orang yang buat pinjaman tu sahaja yang layak tuntut pelepasan ni. Tapi kalau taksiran bersama dan taksiran tidak dibuat atas nama peminjam maka pelepasan layak dituntut pasangan peminjam kerana dianggap perbelanjaan dibuat oleh pasangan yang bukan peminjam.
Petang tadi dan petang esok kaunter e-filing masih akan ditutup jam 6 petang. Tiada lagi 8 malam dan tiada lagi 12 tgh malam. Jika anda datang selepas jam 6 petang anda akan hanya jumpa dengan polis bantuan yang mengawal bangunan sahajalah.
Jadi datang awal lah ya. Jumpa esok.
29 April 2010
Sehari sebelum dateline 30 April 2010.
20 April 2010
Pelepasan Faedah Pinjaman Perumahan
Selamat bertemu kembali. Di posting yang lalu saya ada sebut mengenai Pelepasan baru isitu pelepasan Faedah Pinjaman Perumahan. Faedah yang macam mana yang layak dituntut sebagai pelepasan cukai?
Ada beberapa syarat yang mesti dipenuhi semua sekali untuk melayakkan faedah pinjaman perumahan dituntut sebagai pelepasan cukai.
Pelepasan cukai adalah terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3
tahun taksiran berturut-turutiaitu 2009, 2010 dan 2011 bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
(i) pemilik adalah pemastautin warganegara Malaysia. Jika pada tahun tersebut dia tidak layak dicukai sebagai pemastautin makan pelepasan ini automatik tidak layak walaupun dia warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja. Jika beli lebih 1 unit. Yang layak hanya 1 unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009
sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak boleh disewakan.Kalau disewakan secara automatik tidak layak ya.
Di mana:
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah
rumah kediaman; dan
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu
berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu,
setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun
mengikut formula berikut:
Di mana;
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam
tahun berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu dalam tahun
berkenaan.
Begitulah cerita mengenai pelepasan baru ni. SUkacita diingatkan,jika tarikh perjanjian jual beli dalam tempoh seperti di atas pun. Jika kita mula membayar pinjaman mulai 2012 maka kita juga tidak layak menuntut pelepasan ini.
Sekian. jumpa di lain posting.
19 April 2010
Dateline 30 April 2010
Hari ni 19 April 2010. Hanya tinggal 10 hari lagi untuk pembayar cukai yang tiada pendapatan perniagaan untuk Tahun Taksiran 2009 menghantar Borang BE. Samada menggunakan Borang kertas atau E-filing. Bagi yang dah hantar tentunya dah lega. Bagi yang belum hantar, lago-lagi yang majikan masih belum berikan Borang EA iaitu penyata pendapatan tahunan mesti dah panik dah ni.
Tahun ni sepatutnya takde masalah lagi belum dapat EA sebab dateline untuk majikan serahkan EA pada pekerja adalah 28 Febuari 2010. Walaubagaimanapun diberi kelonggaran untuk majikan yang berdaftar dengan Persatuan Majikan Malaysia untuk serahkan Borang EA ni sebelum 30 Mac 2010 iaitu sama dengan dateline Borang E iaitu untuk Majikan laporkan kepada LHDN.
Masih ada lagi yang tak reti nak isi borang BE ni? Bagi yang dah pernah ini untuk tahun lalu atau tahun tahun lalu mesti dah biasa tengok borang BE ni dah dah tentu pandai nak isi. Sama je Borang BE ni tiap tahun. Cuma bezanya tahun ni, ada pelepasan tambahan iaitu Faedah Pinjaman Perumahan. Juga rebat individu dinaikkan dari 350 kepada 400. Jika layak pelepasan isteri/suami dapat tambahan rebat 400 lagi.Lagi kadar cukai 13% diturunkan kepada 12%. Kadar cukai 28% diturunkan kepada 27%. Itu saje yang berubahnya. Jadi takde masalah la nak isi kan. Lain la kalau yang tak pernah tengok pun borang BE ni. Jadi janganlah tunggu saat-saat akhir nak hantar borang BE ni. Nanti saat akhir mesti line e-filing jam sebab penuh orang masuk. Masa tu la komplen LHDN kena sediakan line besar-besar walaupun dah memang besar sangat dah line tu. Kaunter BPPC LHDN pun banyak buka sekarang ni. Mulai minggu ni dah buka kaunter hujung mingggu. Jadi Sabtu Ahad pun boleh datang. Kalau nak jumpa saya boleh datang hari Ahad ni. Sehingga berjumpa di post akan datang. Sekian