Hari ini 29 April 2010. Sehari sebelum dateline Borang BE untuk yang mempunyai pendapatan Penggajian. Semakin ramai berpusu-pusu ke serata cawangan LHDN. Di Cawangan PJ seperti biasa kemeriahan semakin terasa. Ditanbah dengan Nescafe memberikan minuman pagi percuma dan Bata membuat jualan Gudang berjenama keadaan seakan menjadi satu karnival.
Walaubagaimanapun keadaan tidaklah seperti tahun sudah ketika di Kelana Brem. Pembayar cukai yang datang kali ini nampaknya telah lebih bersedia. Saya belum lagi berjumpa dengan pembayar cukai yang datang dengan membawa Borang BE yang masih cantik di dalam sampul plastik yang belum dibuka. Masing-masing nampaknya telah celik e-filing. Jika tahun lalu 900 ribu pembayar cukai menggunakan e-filing, tahun ini kemungkinan meningkat kepada 1.5 juta atau lebih 2 juta. Mungkin sebab bekalan Borang BE manual yang terhad di cawangan-cawangan menyebabkan pembayar cukai terpaksa menggunakan e-filing.
Di PJ keadaan di Dewan Hasil masih lagi terkawal. Kemungkinan oleh kerana dewan yang lebih luas dan jumlah komputer yang lebih banyak dari tahun lalu.
Soalan yang kerap ditanya dan menjadi favourite tahun ini adalah mengenai pelepasan faedah perumahan . Sampai dah hafal dah syarat-syarat pelepasan tu tanpa rujuk buku. Tapi tadi ada pembayar cukai tanya kalau rumah tu daftar 2 nama tapi sorang je yang buat pinjaman. Boleh ke dua dua tuntut pelepasan ni? Jawapannya orang yang buat pinjaman tu sahaja yang layak tuntut pelepasan ni. Tapi kalau taksiran bersama dan taksiran tidak dibuat atas nama peminjam maka pelepasan layak dituntut pasangan peminjam kerana dianggap perbelanjaan dibuat oleh pasangan yang bukan peminjam.
Petang tadi dan petang esok kaunter e-filing masih akan ditutup jam 6 petang. Tiada lagi 8 malam dan tiada lagi 12 tgh malam. Jika anda datang selepas jam 6 petang anda akan hanya jumpa dengan polis bantuan yang mengawal bangunan sahajalah.
Jadi datang awal lah ya. Jumpa esok.
Adguard. An adblock app.
5 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan