Semalam 30 April 2010 berakhirlah tempoh penghantaran Borang BE bagi Tahun Taksiran 2009. Bagi yang dah hantar baguslah. Tapi yang belum sempat hantar tu tak dapat nak tolong lagi dah. Bersedialah kalau kena denda lewat hantar nanti. Dengan berakhirnya musim Borang BE maka fokus sekarang adalah pada Borang B iaitu bagi yang mempunyai pendapatan perniagaan iaitu Pemilik tunggal ataupun ahli kongsi perniagaan.
Musim borang B ni takdela sibuk sangat macam musim borang BE yang baru berlalu. Ini kerana kebanyakan ahli perniagaan akan hantar borang mereka melalui ejen cukai yang dilantik. Jadi kuranglah pengunjung kaunter BPPC di cawangan-cawangan LHDN seluruh Malaysia. Secara rasminya BPPC untuk Borang B akan bermula 1 Jun hinggan 30 Jun 2010. Tetapi Cawangan PJ seperti biasa lebih proaktif dan kaunter akan bermula 3 Mei 2010 hingga 30 Jun 2010.
Khidmat E-filing untuk e-B akan disediakan seperti biasa di Level 3 di PJTC. Bagi yang nak buat e-filing di PJTC di alu-alukan. Kaunter dibuka setiap hari bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Bagi yang masih nak buat e-filing untuk e-BE juga boleh lagi dan masih belum ditutup. Cuma sediakanlah duit lebih untuk denda lewat hantar borang ya.
Bagi yang dah hantar borang BE tapi belum buat bayaran juga ingatlah hari ini 1 Mei 2010 anda dah layak dikenakan denda 10% lewat bayar dibawah seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan. 60 hari dari 30 April iaitu 30 Jun jika ada baki lagi belum dibayar. Layak lagi kena denda tambahan 5% keatas baki cukai campur denda 10% tadi. Cuma bagi yang ada Potongan Cukai Berjadual sahaja diberi kelonggaran untuk bayar secara potongan gaji sehingga bulan Disember 2010 tanpa denda lewat bayar.
Jadi kalau yang ada baki kena bayar tu ambil lah tindakan segera ya sebelum terlambat.
Jumpa lagi di lain posting.
Adguard. An adblock app.
5 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan