Pengenalan
Cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan oleh kerajaan ke atas pendapatan yang diterima di dalam Malaysia. Cukai pendapatan dikenakan ke atas individu dan bukan individu yang layak dikenakan cukai. Cukai ini dikuatkuasakan dibawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pula dilantik oleh kerajaan sebagai ejen untuk menguatkuasakan akta tersebut dan mengutip cukai bagi pihak kerajaan.
Adakah anda dikenakan cukai?
Anda dikenakan cukai sekiranya pendapatan sekiranya jumlah pendapatan anda layak dikenakan cukai setelah ditolak dengan pelepasan-pelepasan yang layak dituntut.
Apakah itu Borang Nyata Cukai Pendapatan?
Borang Nyata Cukai Pendapatan adalah borang yang dikeluarkan oleh LHDNM untuk pembayar cukai melaporkan pendapatan bagi satu satu tahun taksiran.
Adakah anda wajib melaporkan pendapatan anda?
Secara teorinya semua orang wajib melaporkan semua pendapatan yang diterima di Malaysia. Bagaimanapun secara praktikalnya sekiranya anda mempunyai no rujukan cukai pendapatan anda perlu melaporkan pendapatan di dalam borang nyata walaupun anda tiada pendapatan bagi satu satu tahun taksiran.
Adakah saya perlu mendaftar no rujukan cukai pendapatan?
Anda perlu mendaftar no rujukan cukai apabila anda memenuhi salah satu kriteria berikut.
a. Anda mempunyai perniagaan samaada milikan tunggal atau perkongsian
b. Sekiranya anda kerja makan gaji, anda telah layak untuk skim potongan cukai berjadual dan majikan telah membuat potongan cukai dari gaji anda.
Majikan telah membuat potongan cukai berjadual dari gaji saya, adakah saya perlu mengisi borang nyata cukai pendapatan lagi?
Jawapannya Ya, ini kerana potongan cukai yang dipotong adalah anggaran cukai. Anda perlu mengisi borang nyata cukai pendapatan untuk menentukan cukai sebenar anda.
Adguard : Use it and your life will never a same again
4 tahun yang lalu
Terima kasih sebab rajin membuat blog ni. Blog ni lagi berguna berbanding LHDN yang kasik bikin serabut je. Teruskan usaha. Saya akan rujuk pada blog anda dari semasa ke semasa.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamgaji berapa ek yang kena bayar cukai? anggap hanya ada gaji pokok tanpa sebarang elaun.
BalasPadamsaya bekerja sebagai pelaut di Luar negara, Hq Office di Luar Negara (Dubai), Menerima gaji melalui TT transfer terus ke akaun saya di Malaysia, saya pulang ke Malaysia setiap 6 minggu sekali. Adakah saya di kenakan cukai pendapatan? Saya mempunyai aset (rumah kereta dll) di Malaysia..
BalasPadampjoyz zul => seperti di dalam iklan di radio kalau gaji berjumlah 2451 selepas ditolak kwsp layak kena potongan cukai bulanan. kalau dah kena potong gaji mestilah kena laporkan pendapatan. berapa gaji yang kena cukai dipengaruhi banyak faktor cthnya berapa banyak pelepasan yang dituntut dan rebat yang dituntut. lain orang lain jumlah dia.
BalasPadamAbdul Rahman => pendapatan pelaut biasanya tidak kena cukai tetapi kalau ada pendapatan lain dari malaysia seperti sewa dividen perniagaan dan lain -lain pendapatan kena juga laporkan. tetapi sebagai tidak bermastautin la. untuk tidak bermastautin cukainya jumlah pendapatan X 27% tiada pelepasan dan rebat.
boleh terangkan seksyen 108 inc tax act tu apa sebenarnya ye?
BalasPadamTumpang tanya..apakah isu-isu yang timbul ketika audit dijalankan..dan apakah perbezaan audit dan taksiran..terima kasih..:)
BalasPadamAssalamualaikum ..saya ni student form 4,baru nk brjinak jinak ngn aliran ekonomi..so boleh tk kalau masukkn sekali contoh contoh tntng pelaporan semua tu and anoter things supaya saya lagi paham..terima kasih :)
BalasPadamAssalamualaikum ..saya ni student form 4,baru nk brjinak jinak ngn aliran ekonomi..so boleh tk kalau masukkn sekali contoh contoh tntng pelaporan semua tu and anoter things supaya saya lagi paham..terima kasih :)
BalasPadampoin4d
BalasPadamAgen TOGEL 4DPOIN,Online Terpercaya.
Minimal Deposit Dan Withdraw 20.000
Keterangan Lebih Lanjut, Anda Bisa Hubungi Disini.
* Pin BBM : D1A279B6
* Pin BBM : 7B83E334
* Whatsapp : +85598291698
* Skype : Poin.4D
* Line : +85598291698