20 November 2008

Zakat vs Cukai Pendapatan

Zakat merupakan salah satu rukun Islam dan wajib dikerjakan oleh orang Islam bagi yang cukup haulnya. Cukai Pendapatan pula adalah diwajibkan oleh kerajaan untuk orang yang layak dikenakan cukai. Kedua duanya dibayar kepada kerajaan. Zakat digunakan untuk membangunkan ekonomi Islam dan membantu orang fakir miskin untuk hidup sepertimana orang yang biasa. Cukai pendapatan pula digunakan untuk pembangunan negara seperti pembinaan infrastruktur dan lain-lain.

Ada orang berkata buat apa bayar cukai. Cukai tiada di dalam hukum Islam. Malah ada yang kata haram bayar Cukai Pendapatan. Sebenarnya kalau kita baca sejarah zaman Rasulullah kita tentu akan terjumpa istilah Jizyah iaitu suatu bayaran yang diwajibkan ke atas orang bukan Islam yang tinggal di dalam kerajaan Islam di Madinah. Bagi orang Islam tidak perlu membayar Jizyah tetapi perlu membayar Zakat.




Dalam konteks Malaysia, kerajaan telah cuba mengintegrasikan zakat dan cukai pendapatan dengan pemberian rebat ke atas zakat yang telah dibayar oleh umat islam. Tiada had. Seberapa banyak pun zakat yang dibayar akan ditolak dari cukai yang sepatutnya kena bayar. Dengan syarat zakat dibayar di dalam tahun taksiran yang berkenaan dan resit adalah dari Jabatan Agama Islam Negeri Negeri di Malaysia.

Contoh

Ali sepatutnya membayar cukai pendapatan sebanyak RM450.00. Ali telah membayar zakat pendapatan RM400.00, zakat simpanan RM50.00 dan zakat fitrah RM20.50. Jumlah zakat dibayar RM 470.50. Jadi Cukai Ali ditolak dengan Rebat Zakat (terhad kepada amaun cukai) Ali tidak perlu membayar lagi cukai pendapatan.

Tidak cukup dengan itu bagi sesiapa yang telah membuat potongan zakat melalui potongan gaji setiap bulan sekiranya amaun potongan itu sama atau berlebihan berbanding dengan amaun potongan cukai berjadual yang sepatutnya dibuat potongan maka dia dikecualikan dari membuat potongan cukai berjadual sama sekali. Sekiranya amaun potongan zakat yang dibuat kurang dari potongan cukai berjadual yang sepatutnya dipotong maka jumlah potongan cukai berjadual yang perlu dibuat potongan hanyala beza antara amaun potongan zakat dan amaun potongan cukai berjadual yang sepatutnya dibuat potongan. Mungkin nampak macam berbelit-belit tetapi akan mudah jika dilihat melalui contoh berikut.

Contoh 1

Ahmad membayar zakat pendapatan melalui potongan gaji dengan Pusat Zakat Selangor. Potongan zakat dibuat sebanyak RM 50.00. Mengikut jadual Potongan Cukai Berjadual(PCB) di dalam Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan Ahmad layak kena potongan PCB sebanyak RM50.00. Jadi oleh kerana Ahmad telah membuat potongan zakat, Majikan tidak perlu membuat potongan PCB lagi.

Contoh 2

Abu membuat potongan zakat RM 40 sebulan. Abu layak kena potongan PCB sebanyak RM55 sebulan. Jadi Majikan cuma perlu buat potongan PCB atas beza potongan zakat dengan amaun PCB sepatutnya dipotong sahaja iaitu RM 55 - RM 40 = RM 15 sahaja. Tambahan RM 15 sahaja yang perlu dibuat potongan cukai oleh Majikan.

Begitulah komitednya kerajaan di dalam menggalakkan orang Islam melaksanakan rukun Islam ke 4 ini. Namun berapa ramai orang yang mengaku beragama Islam melaksanakan rukun Islam ini. Sama-samalah kita fikirkan.

21 ulasan:

  1. terima kasih datang lawat blog zara. cwgn LHDN mane ek?

    BalasPadam
  2. wa....bagusnyer buka blog pasal ni.bolehlaaa kite bertanya anything pasal tax yer!kite kawan che ani, nadey....

    BalasPadam
  3. saya nak tanya kalu nak buat contra 100% dari cukai kepada potongan zakat? sbb HR tempat saya bekerja ni cakap nak buat contra, tp saya masih bayar cukai PCB.

    BalasPadam
  4. bertanya..
    kenapa zakat ditolak di dalam pengiraan cukai??

    BalasPadam
  5. kalau nak buat kontra 100% potongan zakat dengan PCB, amaun potongan zakat mesti lebih besar atau sama dengan amaun PCB yang dikenakan. Kalau masih kena potong PCB tu maknanya PCB tu lebih banyak dari potongan zakat. Yang dipotong tu cuma perbezaan amaun potongan zakat dan amaun PCB.

    Kenapa zakat ditolak di dalam pengiraan cukai kerana nak elakkan pembayar zakat kena bayar 2 kali iaitu zakat dan cukai. Jadi berapa zakat yang dah dibayar ditolak dengan jumlah cukai yang kena dibayar. kalau ada baki kena bayar baru bayar baki. kalau takde baki tak perlulah bayar cukai. camtulah konsepnya. secara logiknya lagi untung kalau ditolak dalam pengiraan cukai berbanding dengan kalau ditolak dalam pelepasan cukai. kalau ditolak sebagai pelepasan cukai kesan pengurangan cukai akan menjadi sedikit berbanding sekiranya ditolak sebagai rebat cukai.

    BalasPadam
  6. Salam Ustaz...

    Mohon penjesalan...
    Adakah maksud ustaz cujai pendapatan sama jizyah???

    BalasPadam
  7. As salam.
    apakah ada borang2 tertentu yg perlu di isi untuk membuat pemotongan zakat bagi menggantikan pemotongan cukai pendapatan? Mohon pencerahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isikan borang TP1 dan kemukakan kepada majikan untuk penyelarasan semula.PCB

      Padam
    2. Isikan borang TP1 dan kemukakan kepada majikan untuk penyelarasan semula.PCB

      Padam
  8. As salam..
    Bolehkah sekiranya majikan tidak mahu membuat bayaran PCB melalui potongan gaji kakitangan dan sekiranya majikan berbuat demikian,berapakah kompaun yang akan dikenakan terhadap syarikat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadar kompaun adalah 10% dari amaun gagal potong dengan minimum RM200 dan maksimum RM2000 bagi setiap bulan saraan.

      Sila laporkan kepada LHDNM jika majikan gagal membuat potongan PCB atau gagal meremit PCB yang telah dipotong.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Salam, maksud kompaun 10% dari amaun gagal potong tu maknanye 10% dari amaun PCB atau 10% dari amaun saraan bersih?

      Padam
    4. 10% adalah dari amaun PCB yang gagal dipotong dengan minimum RM200 dan maksimum RM2000.

      Padam
  9. As salam..jika bayaran pcb sudah dipotong setiap bulan melalui gaji kemudian zakat dibayar di penghujung tahun.adakah rebat untuk cukai yang sudah dibayar boleh dapat blk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah tentu jika ada lebihan selepas ditolak cukai kena dibayar

      Padam
  10. Adakah zakat simpanan boleh dijadikan sebagai rebat cukai??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Asalkan Zakat yang dibayar kepada Pusat Zakat yang diiktiraf pihak berkuasa agama negeri masing-masing boleh dituntut sebagai rebat cukai.

      Padam
  11. salam..macam mana nak apply ni? currently saya kena pcb..saya dah tanya pusat zakat, dia kata bayar zakat pendapatan dan kalau masih ada baki baru bayar pcb..tapi mcm mana nak buat tu? nak apply kt mana ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan boleh berurusan dengan majikan untuk membuat potongan zakat. Amaun PCB sedia ada akan ditolak dahulu amaun Zakat bulanan dipotong jika masih ada baki baru majikan akan hantar ke LHDNM sebagai PCB.

      Padam