Ramai yang bertanyakan, adakah semua pendapatan kita dikenakan cukai? Jawapannya jika pendapatan kita termasuk dibawah kategri kategori berikut.
1. Perolehan-perolehan atau keuntungan daripada sesuatu perniagaan yang dijalankan bagi sesuatu tempoh.
- Jika kita mengusahakan perniagaan samada secara milikan tunggal atau secara perkongsian. Pendapatan bersih kita perlulah dilaporkan di borang nyata cukai pendapatan. Pendapatan bersih adalah pendapatan kasar perniagaan ditolak dengan perbelanjaan yang dibenarkan.
- Segala pendapatan dari perniagaan hendaklah direkodkan dan disimpan rekodnya bagi tujuan rujukan dan auditan. Sekiranya pemilik kurang pasti bagaimana untuk melaporkan pendapatan perniagaannya sila dapatkan akauntan bertauliah atau agen cukai yang sah untuk membantu melaporkan pendapatan perniagaan tersebut.
2. Perolehan atau keuntungan daripada sesuatu penggajian.
- Sekiranya anda keja makan gaji atau anda seorang pengarah sesebuah syarikat yang menerima bayaran pengarah, pendapatan anda juga boleh dikenakan cukai. Pendapatan penggajian ini tidak hanya gaji yang diterima, tetapi juga termasuk bonus, elaun-elaun yang tidak dikecualikan, faedah-faedah berupa barangan seperti kereta, rumah, pembantu rumah, pemandu, minyak kereta, tukang kebun, yuran sekolah anak dan faedah lain. Termasuk juga jika cukai anda ditanggung oleh majikan, jumlah cukai yang majikan bayar itu juga boleh dikenakan cukai. Pemilik perniagaan yang mengambil gaji juga mesti melaporkan gaji yang diambilnya di ruang pendapatan penggajian.
Mulai Tahun Taksiran 2008 pengecualian diberikan ke atas pendapatan berikut:
i. kad petrol atau elaun petrol atau elaun perjalanan dari rumah ke
tempat kerja (pergi/balik) sehingga RM2,400 setahun;
ii. kad petrol atau elaun petrol atau elaun perjalanan dan kad tol atas
urusan rasmi sehingga RM6,000 setahun;
iii. elaun atau fi meletak kenderaan;
iv. elaun makan;
v. elaun atau subsidi penjagaan anak-anak sehingga RM2,400
setahun;
vi. telefon, telefon bimbit, bil telefon, pager dan personal data
assistant (PDA) dan langganan internet;
vii. barangan majikan sendiri yang diberi secara percuma atau diberi
pada harga diskaun yang mana nilai diskaunnya tidak melebihi
RM1,000 setahun;
viii. perkhidmatan majikan sendiri yang diberi secara percuma atau
diberi pada harga diskaun dengan syarat manfaat ini tidak
dipindahkan kepada pihak lain;
ix. subsidi kadar faedah bagi pinjaman berjumlah sehingga
RM300,000 untuk perumahan, kenderaan penumpang bermotor
dan pendidikan. Pengecualian ini diberi ke atas pinjaman sedia
ada dan pinjaman baru;
x. manfaat perubatan yang dikecualikan cukai diperluaskan untuk
meliputi perbelanjaan materniti dan perubatan tradisional seperti
ayurvedic dan akupunktur; dan
xi. perkuisit sedia ada diperluaskan kepada anugerah berkaitan
inovasi, peningkatan produktiviti atau kecekapan seperti Six Sigma
Award serta nilai pengecualian dinaikkan daripada RM1,000
kepada RM2,000 setahun.
Pengecualian ini tidak dipanjangkan kepada pengarah syarikat terkawal,
pemilik tunggal dan perkongsian.
Perbelanjaan elaun, manfaat berupa barangan dan perkuisit oleh majikan
dibenarkan potongan sepenuhnya walaupun tidak dinyatakan dalam kontrak
perkhidmatan pekerja.
3. Dividen, faedah atau diskaun.
- Dividen yang dikenakan cukai adalah dividen yang diterima daripada saham syarikat atau unit amanah yang tidak dikecualikan cukai oleh kerajaan. Sebelum dasar single tier ssystem dilaksanakan pendapatan dividen yang diterima adalah pendapatan bersih. Kemudian pembayar cukai boleh menuntut kembali cukai syarikat yang telah ditolak oleh syarikat daripada LHDN sekiranya ada lebihna cukai yang kena dibayar dengan cukai yang telah dipotong syarikat yang mengeluarkan dividen. Walaubagaimanapun selepas sistem single tier dilaksanakan sekiranya peruntukan syarikat dibawah seksyen 108 telah habis digunakan, maka cukai yang syarikat potong ke atas dividen adalah cukai sebenar dan pembayar cukai tidak perlu melaporkan lagi pendapatan dividen tersebut.
- Faedah pula, kebanyakan faedah yang diterima adalah dikecualikan sepenuhnya cukai kerana tertakluk dibawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (ABIK 1989) bagi simpanan. Ini kerana cukai pegangan telah dibayar oleh bank. Jadi kalau dapat faedah dari simpanan kat bank tu takyah risaula dan tak perlu lapor di borang nyata cukai pendapatan.
4. Sewa, royalti atau premium.
- Sewa ni adalah pendapatan sewa yang diterima samada sewa bangunan atau rumah atau harta lain. Pendapatan sewa boleh ditolak dengan belanja yang dibenarkan seperti belanja pembaikan, belanja faedah pinjaman, belanja untuk mencari penyewa baru sekiranya telah disewakan sebelum ini, cukai tanah dan cukai pintu.
- Royalti adalah dikenakan cukai tetapi royalti yang diterima dari perkhidmatan berikut diberi pengecualian sejumlah amaun. Jadi pendapatan kasar royalti ditolak dengan pengecualian itula pendapatan yang dikenakan cukai.
i. Karya seni (selain daripada lukisan asal) dikecualikan RM6,000 setahun
ii. Cakera atau pita rakaman dikecualikan RM6,000 setahun
iii. Penterjemahan buku atau karya kesusasteraan atas permintaan agensi di bawah Kementerian Pendidikan atau Pejabat Peguam Negara dikecualikan RM12,000 setahun
iv. Karya persuratan atau lukisan asal dikecualikan RM20,000 setahun
v. Gubahan muzik dikecualikan RM20,000 setahun
vi. Persembahan kebudayaan yang mendapat Kelulusan Menteri Kewangan.
Walau bagaimanapun, pengecualian untuk iii, v dan vi tidak terpakai jika bayaran yang diterima menjadi sebahagian daripada gaji yang diterima dalam menjalankan tugas rasmi.
5. Pencen, anuiti atau lain-lain bayaran berkala yang bukan di bawah mana-mana perenggan yang terdahulu.
6. Perolehan-perolehan atau keuntungan yang bukan di bawah mana-mana perenggan yang terdahulu.
7. Kelas-kelas pendapatan khas.
Adguard : Use it and your life will never a same again
4 tahun yang lalu
nak tanya mcmana nak kira perbelanjaan? dan nak kira pendapatan-adakah dengan mengira jumlah duit yang masuk dalam statement bank bagi tahun itu?
BalasPadamSebagai menjawab pertanyaan saya anggap ini adalah untuk tujuan cukai pendapatan perniagaan la ya.
BalasPadamOk semua perniagaan perlu menyimpan rekod perakaunannya. Jadi segala dokumen dan rekod poerakaunan mesti disimpan dengan baik. Perbelanjaan untuk tujuan percukaian ada yang dibenarkan dan ada yang tidak dibenarkan. Perbelanjaan yang dibenarkan adalah perbelanjaan yang dibelanjakan semata-mata di dalam menghasilkan pendapatan. Contohnya belanja pengangkutan untuk mengangkut khemah dari stor ke tempat pelanggan dan sebaliknya. Belanja yang bersifat peribadi adalah tidak dibenarkan.Contoh belanja yuran sekolah anak yang dicaj ke akaun perniagaan adalah tidak dibenarkan.
Pendapatan pula adalah pendapatan yang diterima dari perniagaan tersebut. Segala invois-invois dan bil-bil kepada pelanggan yang di dalam tempoh perakaunan dianggap sebagai pendapatan samada sudah diterima bayaran atau belum lagi diterima bayaran.
Sekian
Salam..
BalasPadamSaya cik jamilah, nak tanya berkaitan dengan Other Income(Diskaun Diterima daripada pembelian Bangunan).. Adakah ia dikenakan cukai ,juga dalam pengiraan cukai syarikat?
Untuk pengetahuan encik, syarikat mengalami kerugian pada tahun tersebut.
askm, bang nak tanya..
BalasPadamsaya dah keja 5 tahun, pasal cukai2 ni sy terlepas pandang..camna nak mulakan? abg boleh tunjuk kot. tq abg
emel saya hafisdn@gmail.com
salam..
BalasPadamcmne nk daftar?
income sthn berape br kne byr tax?
terima kasih
email sy mza_leya@yahoo.com
saya nak bertanya tntg jumlah penggajian yang perlu dimasukkan di dalam borang e-filing. Adakah jumlah tersebut merupakan jumlah pendapatan atau pendapatan boleh di cukai yang terdapat di dalam borang EC??? harap tuan dapat membantu saya.
BalasPadamjumlah penggajian adalah jumlah pendapatan boleh dicukai di dalam borang EC iaitu bahagian B.
BalasPadamsalam bang, saya dah keja 5 tahun, pasal cukai2 ni sy terlepas pandang..camna nak mulakan? bang boleh tunjuk kot. tq bang
BalasPadamemel saya along_syazwina@yahoo.com
tumpang tanya..
BalasPadamstarting gaji brape yg kena cukai?
Gaji saya x smpi pun rn2500..jauh lagi nak cecah..tp lebih rm2000..ada deduction utk income tax selama 3 bulan..then stop..kwn2 saya kena 1 bulan jer..kenapa mcm tu?saya tanya HR pun diorg x boleh bagi jwpan pasti...
BalasPadamkecewa..
adakah duit simpanan bank contoh: dlm bank ada 1juta,ada kah dikena goment tax atau byr zakat sahaja
BalasPadamTuan
PadamUntuk makluman faedah simpanan bank di Malaysia adalah dikecualikan cukai. Jadi bayar zakat simpanan sahaja cukup. Juga zakat yang dibayar boleh dapat rebat untuk cukai pendapatan tahun zakat dibayar.
Tuan
PadamUntuk makluman faedah simpanan bank di Malaysia adalah dikecualikan cukai. Jadi bayar zakat simpanan sahaja cukup. Juga zakat yang dibayar boleh dapat rebat untuk cukai pendapatan tahun zakat dibayar.
Assalammualaikum...
BalasPadamNak tanya, adakah penjawat awam perlu ikrar Bahagian E (Elaun Dan Kemudahan Yang Tidak Dikenakan Cukai) di dalam Borang BE?
Waalaikumussalam
PadamTerima kasih kerana bertanya. Tuan hanya perlu ikrar bahagian yang kena cukai sahaja. Pendapatan yang tidak dikenakan cukai tidak perlu diikrarkan kerana telah dikecualikan oleh kerajaan.
Terima kasih.
assalam, elaun perjalanan atau traveling elaun dikecualikan tak dari cukai bagi tahun 2017
BalasPadamMasih lagi dikecualikan
BalasPadam