02 Disember 2011

Daftar bantuan RM500 10 Disember - Petikan Berita Harian 1 Dis 2011

KUALA LUMPUR: Pendaftaran permohonan bagi bantuan tunai RM500 untuk meringankan beban kos hidup rakyat yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah boleh dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh sebulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.


Pembayaran bantuan wang tunai hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan, katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, borang permohonan akan diagihkan secara percuma di semua Jabatan Pembangunan Persekutuan, pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) serta agensi kerajaan.

“Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah terpilih dan semua pejabat cawangan LHDN di seluruh negara,” katanya.

Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga, merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa, ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara.

Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk memohon.

Ahmad Husni berkata, pembayaran bantuan berjumlah RM2.6 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.

Pada pembentangan Bajet 2012, kerajaan mengumumkan untuk memberi bantuan itu sebagai tanda prihatin dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat di negara ini yang semakin meningkat.

Read More...

17 November 2011

Insentif RM500: Pemohon jangan terpedaya - Utusan Malaysia 17 November 2011

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menasihati mereka yang layak mendapat insentif RM500 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012, tidak terpedaya dengan sindiket pendaftaran permohonan palsu. Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Maslim berkata, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab sudah mengedar dan menjual borang permohonan palsu untuk mendapatkan insentif tersebut sedangkan ia hanya dijangka diedarkan mulai Januari depan. "Borang permohonan sebenar belum dikeluarkan lagi dan pendaftaran adalah percuma. "Ia masih dalam proses penyediaan terakhir dan akan diedarkan ke pejabat LHDN seluruh negara, serta akan dimuat naik ke laman web rasmi LHDN sebaik sahaja mendapat kelulusan Kementerian Kewangan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Menurutnya, LHDN tidak melantik mana-mana pihak untuk menguruskan pendaftaran permohonan bantuan RM500 itu. Dalam pembentangan Bajet 2012 pada Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian insentif tunai berjumlah RM500 untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan membantu menangani kesulitan golongan berpendapatan rendah. Sehubungan itu, Masrun mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak mudah tertipu oleh mana-mana sindiket mengenai bantuan wang insentif tersebut.

Read More...

26 Oktober 2011

Seminar Percukaian Kebangsaan 2011 - 3 Nov 2011, Sunway Resort & Spa (Convention Centre)


LHDNM Cawangan Petaling jaya akan mengadakan siri terakhir Seminar Percukaian Kebangsaan 2011 pada 3 November 2011 bertempat di Sunway Resort & Spa (Convention Centre) iaitu hotel bertaraf 6 bintang.

Seminar yang dilangsungkan secara tahunan bersempena dengan  pembentangan Bajet 2012 oleh YAB Perdana Menteri dan juga topik bonus berkenaan kes Audit Luar dari perspektif LHDN. Kedua dua topik akan dibentangkan oleh dua orang dari pengurusan atasan LHDNM iaitu


a. Bajet 2012 - En Abd Aziz Hashim - Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) LHDNM
b. Audit Luar dari Perspekif LHDNM - Pn Nora'aini  Jaa'far - Pengarah Jabatan Cukai Korporat LHDNM.

Seminar sehari ini bermula 8 pagi sehingga 5 30 petang dengan hanya RM400 sahaja seorang.  Penerangan lanjut boleh dibaca dari broshur di bawah.

Jadi apa tunggu lagi. Daftarkan diri anda segera. Dapatkan 10 mata CPD. Bukan itu sahaja. sekiranya anda mendaftar anda akan dibekalkan dengan CD yang mengandungi Slide Taklimat Cukai Keuntungan Harta Tanah dan juga Rangka Kerja Audit Luar.  Apa yang anda perlu lakukan adalah cetak borang di bawah dan isikan maklumat anda. Kemudian faxkan ke nombor yang tertera di broshur di atas atau anda juga boleh scan dan emel ke alamat petalingjaya@hasil.gov.my. Bayaran tidak perlu risau kerana anda boleh membawa cek atas nama INLAND REVENUE OFFICERS' UNION pada hari kejadian nanti.

Read More...

08 Oktober 2011

Bajet 2012

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Bajet 2012 telah selamat dibentangkan petang semalam oleh YAB Pedana Menteri kita di Parlimen. Dalam Ucapan panjang lebar yang telah disampaikan apakah impak atau kesan ke atas cukai pendapatan individu? Secara ringkasnya ada berita baik untuk anda.

Untuk syarikat korporat pula perlanjutan tempoh pelbagai insentif telah dicadangkn termasuk beberapa insentif baru seperti double deduction untuk belanja mengambil pelajar praktikal dan juga untuk pemberian biasiswa.

Bagi individu pula ini pasti mengembirakan pembayar cukai yang selalu mendapat bayaran balik. Pampasan kadar 2% dikira secara asas harian, diulangi harian bermula 1 hari selepas 90 hari dari tarikh tutup jika dihantar melalu efiling dan 120 hari sekiranya dihantar secara manual. Namun hanya bermula dari tahun taksiran 2013.

Had masa pengauditan pula dikurangkan dari 6 tahun kepada 5 tahun sahaja. Namun begitu tempoh masa minimum penyimpanan dokumen masih kekal 7 tahun. Juga brmula tahun tasiran 2013.

Lagi satu berita baik adalah bagi yang menggunakan efiling anda tidak lagi perlu mengisi ruangan Penggajian, KWSP, insuran, Potongan Cukai Bulanan dan Zakat. Semuanya akan pra isi dan menjadi tanggungjawab majikan untuk memaklumkan kepada LHDNM.

Secara ringkasnya itulah kesan ke atas pembayar cukai individu.

Read More...

15 Ogos 2011

Ramadhan dan Syawal

Ramadhan datang lagi. Umat Islam berpuasa di siang hari dan beribadat di malam hari. Hari ini dah 15 hari berpuasa. Separuh bulan telah berlalu. Tinggal separuh bulan lagi untuk diharungi. Bermakna tinggal separuh bulan lagi untuk Syawal pula menjelma.

Di bulan Ramadhan ini banyak dugaan dan cobaan yang diterima oleh umat islam yang berpuasa. Di bulan inilah macam-macam komplen dibuat oleh pembayar cukai. Kalau tak sabar memang dah habis pahala puasa dibuatnya. Walaubagaimanapun oleh kerana dedikasinya warga Hasil semua komplen dapat ditangani dengan berhemah dengan layanan seindah senyuman.

Walaupun ramai beranggapan pada bulan Ramadhan ni warga Hasil akan duduk goyang kaki sahaja tetapi apa yang realitinya kerja-kerja harian berjalan bertambah rancak. Business as Unusual. Maklumlah target yang ditetapkan kerajaan semakin tinggi. Semakin banyaklah cukai yang kena dikutip bagi mencapai target yang diberikan.

Kehangatan Syawal diketepikan dahulu demi kerja-kerja yang tiada kesudahan. Pembayar cukai semakin demanding. Pelepasan yang semakin bertambah. Kalau tidak ditangani dengan betul tekanan yang dihadapi nanti tekanan darah pula yang naik. Jadi apa yang boleh dibuat banyak-banyakkan dibawa bersabar.

Rasanya cukuplah dulu untuk kali ini. Selamat berpuasa bagi yang berpuasa. Yang tidak berpuasa takleh raya ye. Macam cerita Upin & Ipin pulak. Jangan lupa bayar zakat Fitrah juga. Rebat yang tidak harus dilepaskan begitu sahaja.

Read More...

01 Julai 2011

30 Jun 2011 - Last Day Borang B

Khamis- PJ Trade Centre. Hari terakhir penghantaran borang B iaitu Borang Nyata Cukai Pendapatan untuk individu berpendapatan perniagaan berlalu dengan tenang tanpa kekecohan. Kaunter Bulan Perkhidmatan Pembayar Cukai yang dibuka di pejabat LHDNM juga tidak sepenuh ketika 30 April lalu. Ini kerana kebanyakan individu berpendapatan perniagaan telah menggunakan perkhidmatan ejen cukai. Jadi ejen cukai yang akan menguruskan borang B mereka sama ada dengan menggunakan e-filing atau borang manual.

Namun begitu masih ramai ejen cukai yang datang ke kaunter BPPC di saat akhir meminta borang B dalam kuantiti yang banyak. Sedangkan TAeF iaitu modul e-filing untuk ejen cukai telah dibangunkan oleh LHDNM untuk kegunaan ejen cukai secara percuma masih lagi rendah tahap penggunaannya. Masih lagi ada yang masih tidak tahu akan kewujudan TAeF. Mungkin modul ini perlu di promosikan lebih sedikit kepada ejen cukai atau wajibkan mereka ambil kursus menggunakan TAeF sebagai syarat mereka memperbaharui lesen ejen cukai.

Sekian dulu sehingga berjumpa lagi dilain waktu.

Read More...

30 April 2011

30 April 2011 - Tahun kedua di PJTC

Jam 6 tadi dengan rasminya tamatlah Bulan Perkhidmatan Pembayar Cukai - Fasa Pertama bagi tahun 2011 ni. Tahun kedua bagi Cawangan Petaling Jaya menjayakannya di PJ Trade Centre, Damansara Perdana. Seperti yang dijangka orang ramai berpusu-pusu seawal 8 pagi lagi untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara. Itu baru hantar Borang BE. Bagi yang kena bayar cukai jangan lupa bayar sebelum 12 tengah malam ni pula ya. Kalau tidak Kenaikan di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967 pula menanti anda. Bagi yang akan dapat refund tu tunggulah giliran anda dengan sabar. Pasti dapat kalau memang ada lebihan kredit di LHDNM.

Seperti dijanjikan disertakan gambaran suasana di Cawangan Petaling Jaya yang diambil tengahhari tadi. Panas lagi ni. Berita TV pun tak keluar lagi.








Masa gambar ni diambil krew Tv9 baru je meninggalkan Dewan Hasil Seri Mutiara. Malam ni tgk la berita di TV9. Pasti ada gambar punyalah. Kepada Krew Petugas, ni baru fasa pertama. Hari Selasa nanti dah mula fasa kedua pula ya.

Sekian dulu laporan berita. Adios. Selamat Hari Pekerja.

Read More...

Hari Terakhir hari ini. Jangan terlewat ya.....

Selamat pagi. Hari terakhir boraang BE tahun ni jatuh pada hari cuti. Pasti ramai yang menunggu hari ini untuk menyelesaikan penghantaran Borqng BE samada mengguna e-filing atau borang kertas. Yang pastinya pembayar cukai akan berpusu-pusu ke kaunter BPPC di Cawangan-cawangan LHDN berhampiran.

Posting kali ini special sikit sebab disertakan gambar suasana kaunter BPPC di Cawangan Petaling Jaya pada 29 April 2011.





Gambar-gambar ini diambil petang semalam selepas solat Jumaat. Hari ini dijangka lebih ramai lagi. Kaunter pandu lalu juga telah beroperasi sejak semalam untuk pembayar cukai menyerahkan borang BE kertas tanpa perlu keluar dari kereta.

Kaunter hanya dibuka sehingga jam 6.00 petang sahaja ya. Untuk yang buat e-filing sendiri hanya sampai jam 11.59 malam ini sahaja. Selepas jam 12.00 tengah malam telah dikira lewat.

Sekian dulu. Insyaallah malam ni akan ada pula gambar suasana hari ini.

Read More...