Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tahun 2015 menyaksikan sekali lagi Jadual PCB dipinda selaras dengan matlamat PCB sebagai cukai akhir. Seperti tahun tahun lalu dimana majikan diberikan pilihan samada untuk menggunakan Jadual PCB 2015 atau Pengiraan secara berkomputer. Namun perkara terpenting pindaan tahun ini adalah pindaan tarikh akhir PCB daripada 10hb bulan berikutnya kepada 15hb bulan berikutnya serta penghapusan Borang TP2 yang sebelum ini digunakan bagi pekerja yang memilih untuk memasukkan Manfaat Berupa Barangan(MBB) dan Nilai Tempat Kediaman(NTK) di dalam pengiraan PCB. Ini kerana mulai tahun 2015 MBB dan NTK wajib dimasukkan oleh majikan di dalam pengiraan PCB.
Jadual PCB 2015
Bagi majikan yang masih mahu meneruskan legasi dengan menggunakan Jadual PCB, mereka masih lagi dibenarkan menggunakan Jadual PCB 2015 yang boleh dimuat turun dari laman web LHDNM. Panduan untuk menggunakan Jadual PCB 2015 juga disediakan sekali disitu dengan memuat turun Garis Panduan PCB 2015.
Pengiraan Berkomputer
Pilihan yang lebih baik daripada penggunaan Jadual PCB adalah menggunakan kaedah Pengiraan berkomputer. Ini termasuklah menggunakan Sistem Gaji Berkomputer dari pembekal perisian yang telah disahkan oleh LHDNM, PCB kalkulator atau e-PCB.
Kaedah pengiraan berkomputer ini lebih tepat dan sekiranya digunakan secara konsisten dan betul, jumlah PCB tahunan akan bersamaan dengan amaun cukai yang dikira semasa pengisian borang BE. Dengan syarat semua pelepasan cukai yang dituntut di dalam borang BE telah diambilkira semasa pengiraan PCB dilakukan dengan menggunakan Borang TP1 yang kini wajib majikan melakukan pelarasan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Bulan mana dan berapa kerap tertakluk kepada majikan tetapi mesti sekurang-kurangnya 2 kali setahun mesti ada dilakukan pelarasan dengan borang TP1 yang dikemukakan oleh pekerja.
Sekian dahulu untuk kali ini. Bersambung lagi di lain posting.
23 Februari 2015
Potongan Cukai Bulanan (PCB) 2015
09 Oktober 2014
Seminar Percukaian Kebangsaan 2014 - Setia City Convention Centre
Seminar Percukaian Kebangsaan datang lagi.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia akan mengadakan seminar di atas khas untuk anda.
10 CPD Hour akan diberikan.
Dapatkan info berkenaan Bajet 2015 dan juga berkenaan GST yang akan dilaksanakan disini.
Juga boleh daftarkan Perniagaan anda untuk GST.
Lokasi : Setia City Convention Centre
Tarikh : 12/11/2014 (Rabu)
Jangan bertangguh lagi. Hubungi pegawai seperti di bawah :
Broshur dan borang penyertaan seperti di bawah. Boleh muat turun, cetak dan hantar kepada pegawai tersebut.
16 Mac 2013
Borang BE Tahun Taksiran 2012 Apa yang berbeza dengan Tahun Taksiran 2011
Assalamualaikum dn Salam Sejahtera.
Musim Cukai tiba lagi. Cuma tahun ini musim ini dijenamakan semula kepada Hasil4U dengan tagline Hasil Teman Ceria Anda atau Hasil Your Feel Good Partner.
Video Clip Hasil4U
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Sebagai posting pembukaan untuk tahun ini sukalah saya memulakan dengan memaparkan dua video Clip dari Youtube berkenaan Hasil4U atau nama lamanya BPPC.
Saksikan dan semoga terhibur.
Video Hasil Keja Tangan Unit Multimedia Cawangan Petaling Jaya
Video dari Cawangan Kluang
LHDN jejak 'kebocoran' bayar cukai - Petikan Utusan Malaysia 02/03/2013
![]() |
| Ahmad Husni Hanadzlah dan Mohd. Shukor Mahfar (kanan) bersama warga LHDN memegang logo Hasil4U pada majlis sambutan Hari Hasil dan Pelancaran Hasil4U di Cyberjaya, semalam |
''Selain itu, tambahan gaji dalam kalangan pekerja termasuk pekerja asing akan menggalakkan mereka berbelanja sekali gus menyumbang kepada aktiviti ekonomi," katanya.
07 April 2012
Musim Cukai tiba lagi
Bulan penghantaran Borang BE tiba lagi Hari ini 7 April 2012. Maka tingal 23 hari lagi sebelum 30 April melabuhkan tirainya. Tahun ini dimeriahkan lagi dengan M-filing. Satu lagi cara mudah untuk menghantar Borang BE secara elektronik. Hanya dengan menggunakan gajet/smartphone seperti IPAD, TAB dan lain-lain smartphone yang menggunakan operating system yang disokong. Penghantaran e-BE bukan hanya di komputer tetapi di Galaksi Tab atau Blackberry dan lain lain.Boleh dibuat di mana sahaja asalkan ada capaian internet.
Sebelum ini kita selalu mendengar alasan dari pembayar cukai yang lewat menghantar borang nyata cukai pendapatan yang mengatakan mereka berada di luar negara semasa tempoh penyerahan borang berlaku. Kini alasan seperti ini sudah tidak lagi boleh dipakai kerana kita sudah boleh menghantar borang nyata cukai pendapatan tidak kiralah borang BE ke, B , M, P atau C di mana-mana pelusuk dunia bahkan jika di angkasa lepas juga asalkan mempunyai capaian internet.
Apa lagi alasan yang diberikan? e-filing dan m-filing telah menidakkan sama sekali alasan ini. Kini kita akan dengar pula seribu satu alasan kenapa tidak mahu menggunakan e-filing atau m-filing. Ada yang katakan e-filing sukar, tidak mesra pengguna, tidak tahu menggunakan komputer dan lain-lain. e-filing telah direkacipta dengan menjadikannya semudah yang boleh. tiada lagi kalkulator diperlukan, tiada lagi kesilapan pengiraan. rujukan silang dengan nota penerangan borang yang terbina dalam. Dengan kehadiran adiknya iaitu m-filing yang lebih dipermudah dan ringan sehinggakan boleh dibuka di telefon bimbit pintar direka khas untuk individu yang sentiasa bergerak dan tiada masa untuk duduk dalam masa yang lama.
Kecualilah individu yang memang mempunyai alasan perubatan seperti telah koma selama 4 bulan dari Januari ke April.Bila sedar dari koma je dah bulan Mei. Ataupun hilang ingatan dalam tempoh tersebut dan lupa siapa dirinya. Selain dari ini memang tiada alasan lagi apatah lagi jika alasan yang diberikan tidak tahu tarikh akhir penghantaran borang nyata cukai pendapatan,tidak tahu apa yang perlu dibuat. Pada masa ini maklumat hanya dihujung jari. Sekiranya tiada capaian internet sekalipun di akhbar, televisyen dan radio sentiasa memwar-warkan tentang musim penghantaran borang nyata cukai pendapatan. Kaunter-kaunter bergerak LHDN dan taklimat-taklimat oleh petugas LHDN juga sedang bergerak aktif pada masa ini. Setiap hari mereka menerima jemputan dari badan korporat yang memerlukan penerangan tentang hal-hal percukaian.
Akhir kata pelajarilah ilmu percukaian ini kerana ianya adalah ilmu yang akan digunakan seumur hidup. Walaupun tidak untuk mengajar orang lain tetapi untuk kegunaan sendiri. Selagi kita hidup ilmu percukaian akan terus digunakan.
Jadilah Wira Negara yang sebenar kerana sememangnya 'Andalah Wira Negara'
08 Disember 2011
Pendapatan RM3,000 layak terima BR1M - Petikan Berita Harian 08/12/2011
Ketua keluarga boleh mohon jika di bawah kategori
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah dan memperoleh pendapatan kasar isi rumah kurang RM3,000 dikategorikan sebagai isi rumah yang layak memohon pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataan semalam, berkata ia merangkumi individu berkahwin, ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas berusia lebih 60 tahun yang sebatang kara. Katanya, setiap anak berkahwin yang mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 ke bawah tetapi tinggal serumah dengan ibu bapa, dikira sebagai satu isi rumah berlainan.
“Pendapatan kasar isi rumah merujuk kepada pendapatan suami, isteri dan tanggungan yang masih bujang dan hanya ketua isi rumah saja yang layak memohon,” katanya.
Berikutan itu, Kementerian Kewangan membuka Bilik Gerakan untuk operasi Talian Hotline BR1M 1-800-222-500 bermula semalam bagi memudahkan orang ramai mendapat penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan BR1M.
Talian Hotline ini beroperasi setiap hari bekerja, mulai jam 9 pagi hingga 5 petang. Kementerian itu juga mengingatkan bahawa pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada 10 Disember ini hingga 10 Januari 2012.
Ahmad Husni berkata, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Penerangan Malaysia, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) serta akhbar tempatan.
“Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan salinan kad pengenalan dan slip gaji bagi yang berkenaan dan diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, Jabatan Penerangan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDNM,” katanya.
Beliau berkata, kementerian juga akan membuka pendaftaran di sekolah terpilih, dewan komuniti serta dewan orang ramai yang berdekatan, dengan dibantu petugas sambilan bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran. – BERNAMA
02 Disember 2011
RM500 cash aid to be paid in January - Petikan TheStar 1 Dis 2011







