KUALA LUMPUR 25 Dis. – Majikan dan pekerja menyambut baik sistem baru potongan cukai berjadual (PCB) yang tidak menjadikan kaedah penilaian pengecualian cukai pendapatan secara bulanan sebagai sesuatu yang mandatori sebaliknya hanyalah suatu pilihan.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan berkata, pihak syarikat juga tidak perlu menanggung peningkatan kos pentadbiran jika ia wajib dilakukan pada setiap bulan seperti yang dikatakan sebelum ini.
Kata beliau, dengan ini setiap syarikat boleh membuat pilihan masing-masing mengikut kesesuaian dan keperluan sesebuah organisasi tanpa perlu khuatir terpaksa membayar kos yang lebih.
‘‘Kalau dilakukan setiap bulan, memanglah kita membantah kerana kos pentadbiran akan bertambah kerana setiap kali hujung bulan, arahan potongan akan berbeza-beza.
‘‘Yang nak buat setiap bulan atau tiga bulan sekali boleh pilih cara tersebut dan mana yang selesa dengan setahun sekali seperti sebelum ini boleh memilih untuk terus kekal.
‘‘Apa yang penting majikan tidak perlu tanggung kenaikan kos kerana dalam keadaan perniagaan sekarang, setiap kenaikan kos adalah satu perkara yang diberikan perhatian,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
27 Disember 2008
Majikan, pekerja sambut baik sistem baru PCB - Petikan dari Utusan Malaysia 26/12/2008
25 Disember 2008
Kadar Cukai Pendapatan Bagi Individu Bermastautin
Kadar cukai pendapatan bagi individu dikira mengikut berapa jumlah pendapatan bercukai. Lagi banyak pendapatan bercukai, lagi tinggi kadar cukai dikenakan. Walaubagaimanapun kadar maksimum adalah 28% sahaja iaitu selepas pendapatan bercukai melebihi RM 250,000. Kadar cukai sepenuhnya dapat anda lihat di buku panduan pengisian borang nyata cukai pendapatan yang anda terima setiap tahun atau pun boleh dilihat di alamat berikut.
http://www.hasil.gov.my/melayu/bm_NO2_1_1K.asp
Kadar di atas berkuatkuasa sehingga tahun taksiran 2008 sahaja. Mulai tahun taksiran 2009 ada perubahan sedikit kadar cukai pendapatan.
i. rebat cukai bagi kumpulan pendapatan bercukai sehingga
RM35,000 dinaikkan daripada RM350 kepada RM400;
ii. kadar cukai bagi kumpulan pendapatan bercukai melebihi
RM35,000 hingga RM50,000 dikurangkan 1 mata peratusan
daripada 13% kepada 12%; dan
iii. kadar cukai bagi kumpulan pendapatan bercukai melebihi
RM250,000 dikurangkan 1 mata peratusan daripada 28% kepada
27%.
Untuk perbandingan kadar lama dan baru secara lengkap boleh dilihat di alamat berikut.
http://www.hasil.gov.my/cP/upload/Budget/lampiran09.pdf
Kadar cukai ini kita cuma perlu kira sendiri sekiranya kita isi borang nyata secara manual sahaja. Sekiranya kita isi secara e-filing cukai kita akan dikira secara automatik. Tidak perlu mesin kira. Cuma masukkan pendapatan dan pelepasan yang hendak di tuntut dan cukai anda siap dikira.
Jadi kesimpulannya, untuk tahun taksiran 2008 ni gunakanlah e-filing.
Mudah Tepat Betul.
https://e.hasil.gov.my/
New IRB move to avoid over-deduction - Petikan TheStar Wednesday December 24, 2008
By M. KRISHNAMOORTHY
KUALA LUMPUR: A new schedular tax deduction (STD) system will take effect from Jan 1 to overcome the problem of over-deduction.
This means employers and employees will have to do more - they now have to file tax exemptions on a monthly basis rather than annually.
Inland Revenue Board chief executive officer Datuk Hasmah Abdullah said the new system would ensure that an accurate amount was deducted, and would reduce the instances of over-payments and refunds or under-payment involving three million people.
Details of the new system, such as the calculation of STD, would be posted on the IRB website when it is gazetted.
“The new STD system will require employees to provide to their employers the monthly exemptions, personal relief and rebates they wish to claim as a taxpayer,” said Hasmah.
Some of the exemptions include life insurance payments, medical expenses for parents, equipment for the disabled, higher education fees, full medical examination, purchase of books, magazines, journals and computer and alimony payments.
The rebates can include zakat payments and levies for visit pass, education pass and worker permit pass.
“We will continue to give talks to employers in big groups on the new system and they will be given time to convert their systems to cope with the new STD system.”
However, the first monthly payment for the January salary would have to be made by Feb 10.
The appropriate forms for employees to submit to their employer will be released as soon as the STD is gazetted.
The completed forms will have to be forwarded to the employer to collate and consolidate before forwarding the information electronically to IRB using Form CP39 declaring all the STD deductions.
The Malaysian Employers Federation (MEF) has objected to the new system, saying that it would burden employers.
“It is going to be costly and create a lot of problems as we have to employ more people and create a new software to process the STD deductions monthly,” said MEF executive director Shamsuddin Bardan.
24 November 2008
KWSP : Kekalkan 11% atau turunkan ke 8% caruman
Baru-baru ini kerajan telah mengumumkan bahawa caruman KWSP akan dikurangkan dari 11% kepada 8% bermula Januari 2009. Sesiapa yang mahu mengekalkan 11% caruman perlu mengisi borang khas KWSP Disember ini.
Persoalannya adakah pengurangan caruman ini akan memberi kesan kepada cukai yang kena dibayar oleh seseorang itu. Untuk tujuan itu mari kita teliti contoh berikut
Contoh 1
Seorang yang mempunyai gaji bulanan RM 4,000.00. Bujang dan tiada pelepasan lain dituntut kecuali KWSP.
KWSP 11% RM 440.00 x 12 bulan = RM 5,280.00
KWSP 8% RM 320.00 x 12 bulan = RM 3,840.00
Senario 1 - Kekalkan caruman 11%
Jumlah pendapatan : RM 48,000.00
Tolak : Pelepasan
a. Diri sendiri : RM 8,000.00
b. KWSP : RM 5,280.00
Jumlah pelepasan : RM 13,280.00
Pendapatan bercukai : RM 34,720.00
Pengiraan Cukai Pendapatan
Cukai atas 20,000 pertama : RM 475.00
Cukai atas baki 14,720@ 7% : RM 1,030.40
Jumlah cukai pendapatan : RM 1,505.40
Tolak: Rebat individu : RM 350.00
Jumlah cukai yang dikenakan : RM 1,155.40
Senario 2 - Kurangkan caruman kepada 8%
Jumlah pendapatan : RM 48,000.00
Tolak : Pelepasan
a. Diri sendiri : RM 8,000.00
b. KWSP : RM 3,480.00
Jumlah pelepasan : RM 11,480.00
Pendapatan bercukai : RM 36,520.00
Pengiraan Cukai Pendapatan
Cukai atas 35,000 pertama : RM 1,525.00
Cukai atas baki 1,520@ 13% : RM 197.60
Jumlah cukai pendapatan : RM 1,722.60
Tolak: Rebat individu : RM 0
Jumlah cukai yang dikenakan : RM 1,722.60
Perbezaan cukai kena dibayar RM 567.20
Contoh 2
Seorang yang mempunyai gaji bulanan RM 4,000.00. Bujang dan mempunyai polisi insuran hayat dan perubatan RM 200.00 sebulan (RM 150 untuk hayat dan RM 50 untuk perubatan)
KWSP 11% RM 440.00 x 12 bulan = RM 5,280.00
KWSP 8% RM 320.00 x 12 bulan = RM 3,840.00
Insuran hayat RM 150.00 x 12 bulan = RM 1,800.00
Insuran perubatan RM 50.00 x 12 bulan = RM 600.00
Senario 1 - Kekalkan caruman 11%
Jumlah pendapatan : RM 48,000.00
Tolak : Pelepasan
a. Diri sendiri : RM 8,000.00
b. KWSP dan Insuran hayat : RM 5,280.00 + RM 1,800.00 = RM 7,080.00. TERHAD RM 6,000.00 sahaja
c. Insuran perubatan : RM 600.00
Jumlah pelepasan : RM 14,600.00
Pendapatan bercukai : RM 33,7400.00
Pengiraan Cukai Pendapatan
Cukai atas 20,000 pertama : RM 475.00
Cukai atas baki 13,400@ 7% : RM 938.00
Jumlah cukai pendapatan : RM 1,413.00
Tolak: Rebat individu : RM 350.00
Jumlah cukai yang dikenakan : RM 1,063.00
Senario 2 - Kurangkan caruman kepada 8%
Jumlah pendapatan : RM 48,000.00
Tolak : Pelepasan
a. Diri sendiri : RM 8,000.00
b. KWSP dan Insuran hayat : RM 3,480.00 + RM 1,800.00 = RM 5,640.00
c. Insuran perubatan : RM 600.00 Jumlah pelepasan : RM 14,240.00
Jumlah pelepasan : RM 11,480.00
Pendapatan bercukai : RM 33,760.00
Pengiraan Cukai Pendapatan
Cukai atas 20,000 pertama : RM 475.00
Cukai atas baki 13,760@ 7% : RM 963,20
Jumlah cukai pendapatan : RM 1,438.20
Tolak: Rebat individu : RM 350.00
Jumlah cukai yang dikenakan : RM 1,088.20
Perbezaan cukai kena dibayar RM 25.20
Dari 2 contoh di atas didapati perbezaan yang agak besar untuk Contoh 1 tetapi perbezaan yang kecil untuk Contoh 2. Perbezaan antara Contoh 1 dan 2 adalah Pelepasan Insuran hayat dan perubatan di Contoh 2. Jadi kesimpulannya tiada perubahan yang ketara sekiranya dikurangkan caruman dari 11 % ke 8% sekiranya kita juga menuntut pelepasan lain yang dibenarkan disamping pelepasan KWSP. Ada 19 kategori pelepasan semuanya yang dibenarkan. Terpulanglah kepada kita untuk menuntutnya atau tidak. Sistem Taksir Sendiri bermakna cukai kita sendiri yang mengiranya. Jadi berapa banyak cukai yang akan dibayar terpulang kepada perancangan cukai kita.
22 November 2008
Bayaran Balik Cukai
Tahukah anda yang anda boleh mendapatkan semula cukai anda yang telah terlebih bayar? Jika sebelum ini anda tidak mengetahui perkara ini kini anda sudah mengetahuinya.
Mesti ramai antara kita yang telah dipotong gaji setiap bulan untuk cukai. Adakah anda perhatikan berapa banyak yang telah dipotong? Bagaimana anda hendak tahu jika anda telah terlebih bayar? Anda boleh mengetahuinya apabila anda mengira cukai pendapatan anda sendiri. Jumlah potongan untuk setahun boleh anda lihat di dalam Borang EA yang diberikan oleh Majikan anda setiap tahun. Anda kehilangan borang EA? Dapatkan salinan dari Majikan anda. Sekiranya cukai yang anda kira kurang dari jumlah potongan yang dibuat maka anda telah terlebih bayar dan anda boleh mendapatkan semula baki cukai yang terlebih bayar itu.
Bagaimana cara untuk mendapatkan bayaran balik ini? Pertama sekali cubalah untuk mengisi Brang Nyata melalui E-Filing. Ini kerana borang anda akan diproses dalam cuma 3 hari dan lagi cepat borang anda diproses lagi cepat anda mendapat bayaran balik.Walaubagaimanapun sebelum anda memohon untuk bayaran balik pastikan jika anda tiada cukai tertunggak untuk tahun tahun terdahulu. Caranya adalah dengan memohon kedudukan cukai dari Cawangan LHDNM di mana fail cukai pendapatan anda diuruskan. Jika anda tidak mengetahui Cawangan LHDNM yang menguruskan fail anda hubungi mana-mana Cawangan terdekat dan mereka akan berhubung dengan Cawangan LHDNM yang menguruskan fail anda.
Mulai Tahun Taksiran 2006 bayaran balik dibuat secara automatik tanpa menunggu permohonan daripada pembayar cukai. Walaubagaimanapun sebelum anda menerima bayaran balik anda kemungkinan akan di audit terlebih dahulu. Maklumlah Sistem Taksir Sendiri semua orang akan cuba untuk mengurangkan cukai yang kena dibayar. Jadi penguatkuasaan oleh LHDNM adalah melalui audit. Anda mungkin akan diminta untuk memberikan dokumen-dokumen Borang EA, Penyata Insuran, resit-resit asal untuk bil-bil perubatan, pembelian buku, komputer dan lain-lain. Sekiranya diminta untuk memberikan dokumen ini hubungilah Cawangan LHDNM tersebut dengan kadar segera kerana jika anda gagal memberikan dokumen yang diminta ada kemungkinan pelepasan tersebut akan ditarik balik dan pindaan akan dibuat keatas taksiran cukai anda. Ini bermakna akan ada cukai tambahan dikenakan ke atas anda. Ini juga bermakna jumlah bayaran balik anda akan berkurangan atau mungkin juga anda kena bayar tambahan cukai tersebut.
Kesimpulannya, semasa mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan pastikan anda mengisi sejujur-jujurnya dan setiap pelepasan yang dituntut haruslah disokong dengan bukti-bukti yang tidak akan menyebabkan pelepasan anda ditarik balik. Akhir sekali sekiranya anda masih belum menerima bayaran balik, hubungilah Cawangan LHDNM yang menguruskan fail cukai pendapatan anda dan minta untuk bercakap dengan Unit Pungutan atau Unit Bayaran Balik.
20 November 2008
Zakat vs Cukai Pendapatan
Zakat merupakan salah satu rukun Islam dan wajib dikerjakan oleh orang Islam bagi yang cukup haulnya. Cukai Pendapatan pula adalah diwajibkan oleh kerajaan untuk orang yang layak dikenakan cukai. Kedua duanya dibayar kepada kerajaan. Zakat digunakan untuk membangunkan ekonomi Islam dan membantu orang fakir miskin untuk hidup sepertimana orang yang biasa. Cukai pendapatan pula digunakan untuk pembangunan negara seperti pembinaan infrastruktur dan lain-lain.
Ada orang berkata buat apa bayar cukai. Cukai tiada di dalam hukum Islam. Malah ada yang kata haram bayar Cukai Pendapatan. Sebenarnya kalau kita baca sejarah zaman Rasulullah kita tentu akan terjumpa istilah Jizyah iaitu suatu bayaran yang diwajibkan ke atas orang bukan Islam yang tinggal di dalam kerajaan Islam di Madinah. Bagi orang Islam tidak perlu membayar Jizyah tetapi perlu membayar Zakat.
Dalam konteks Malaysia, kerajaan telah cuba mengintegrasikan zakat dan cukai pendapatan dengan pemberian rebat ke atas zakat yang telah dibayar oleh umat islam. Tiada had. Seberapa banyak pun zakat yang dibayar akan ditolak dari cukai yang sepatutnya kena bayar. Dengan syarat zakat dibayar di dalam tahun taksiran yang berkenaan dan resit adalah dari Jabatan Agama Islam Negeri Negeri di Malaysia.
Contoh
Ali sepatutnya membayar cukai pendapatan sebanyak RM450.00. Ali telah membayar zakat pendapatan RM400.00, zakat simpanan RM50.00 dan zakat fitrah RM20.50. Jumlah zakat dibayar RM 470.50. Jadi Cukai Ali ditolak dengan Rebat Zakat (terhad kepada amaun cukai) Ali tidak perlu membayar lagi cukai pendapatan.
Tidak cukup dengan itu bagi sesiapa yang telah membuat potongan zakat melalui potongan gaji setiap bulan sekiranya amaun potongan itu sama atau berlebihan berbanding dengan amaun potongan cukai berjadual yang sepatutnya dibuat potongan maka dia dikecualikan dari membuat potongan cukai berjadual sama sekali. Sekiranya amaun potongan zakat yang dibuat kurang dari potongan cukai berjadual yang sepatutnya dipotong maka jumlah potongan cukai berjadual yang perlu dibuat potongan hanyala beza antara amaun potongan zakat dan amaun potongan cukai berjadual yang sepatutnya dibuat potongan. Mungkin nampak macam berbelit-belit tetapi akan mudah jika dilihat melalui contoh berikut.
Contoh 1
Ahmad membayar zakat pendapatan melalui potongan gaji dengan Pusat Zakat Selangor. Potongan zakat dibuat sebanyak RM 50.00. Mengikut jadual Potongan Cukai Berjadual(PCB) di dalam Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan Ahmad layak kena potongan PCB sebanyak RM50.00. Jadi oleh kerana Ahmad telah membuat potongan zakat, Majikan tidak perlu membuat potongan PCB lagi.
Contoh 2
Abu membuat potongan zakat RM 40 sebulan. Abu layak kena potongan PCB sebanyak RM55 sebulan. Jadi Majikan cuma perlu buat potongan PCB atas beza potongan zakat dengan amaun PCB sepatutnya dipotong sahaja iaitu RM 55 - RM 40 = RM 15 sahaja. Tambahan RM 15 sahaja yang perlu dibuat potongan cukai oleh Majikan.
Begitulah komitednya kerajaan di dalam menggalakkan orang Islam melaksanakan rukun Islam ke 4 ini. Namun berapa ramai orang yang mengaku beragama Islam melaksanakan rukun Islam ini. Sama-samalah kita fikirkan.
18 November 2008
Bagaimana Cukai Pendapatan dikira
Berikut adalah secara ringkas bagaimana cukai pendapatan anda dikira (Sehingga pindaan Tahun Taksiran 2008)
PENDAPATAN BERKANUN(Punca Perniagaan)
(Pendapatan kasar perniagaan tolak perbelanjaan yang dibenarkan dan elaun modal
perniagaan yang dituntut)
Campur: PENDAPATAN BERKANUN (Punca Bukan Perniagaan)
(Penggajian,dividen, faedah,sewa, menduduki premis bukan perniagaan, dll.
PENDAPATAN AGREGAT (Dari semua punca)
Tolak: Derma / Hadiah Wang kepada Kerajaan / Badan-Badan yang diluluskan (Terhad mak 7% daripada pendapatan agregat)
JUMLAH PENDAPATAN
Tolak:
(i)Pelepasan Persendirian
- Diri & tanggungan (Mak 8,000)
- Perbelanjaan rawatan perubatan ibubapa (Mak 5,000)
- Perbelanjaan rawatan penyakit serius termasuk pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh.
(Mak 5,000)
- Pelepasan Individu cacat (Diri Sendiri Mak 6,000)
- Pelepasan Isteri / suami cacat (Mak 3,500)
- Bayaran bagi pelajaran dalam bidang teknikal, vokasional saintifik, industri dan teknologi
(Mak 5,000)
- Perbelanjaan membeli alat-alat sokongan asas individu hilang upaya (Mak 5,000)
- Perbelanjaan membeli buku, jurnal, majalah dan seumpamanya (Mak 1,000)
- Isteri /Suami jika tiada Jumlah Pendapatan (Mak 3,000)
- Anak
i. Bawah 18 tahun (1,000 setiap anak)
ii. Atas 18 tahun dan masih belajar peringkat diploma dan ke atas di kolej/Universiti
dalam dan luar negara (4,000 setiap anak)
- Anak Hilang Upaya (5,000 setiap anak) dan jika belajar di Universiti 5,000 + 4,000 = 9,000
(ii)Lain-lain pelepasan
- Premium insurans nyawa dan caruman kepada Kumpulan Wang yang diluluskan - Diri sendiri(Mak 6,000)
- Premium insurans bagi pelajaran atau manfaat perubatan - Diri sendiri, isteri dan anak (Mak 3,000)
- Tabungan bersih di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Mak 3,000)
- Pembelian komputer sekali setiap 3 tahun (Mak 3,000)
- Pembelian alat sukan (Mak 300)
PENDAPATAN YANG BOLEH DIKENAKAN CUKAI
CUKAI PENDAPATAN YANG DIKENAKAN (seperti kadar cukai)
Tolak:
Rebat
(i)Diri 350 } Jika PENDAPATAN YANG BOLEH DIKENAKAN CUKAI <35,000
(ii)Isteri 350 }
(iii) Zakat - Sebanyak mana pun zakat yang dibayar pada tahun tersebut
(iv) Levi Pekerja asing - Ini levi yang pekerja asing bayar bukan levi pembantu rumah kita tau
Tolak:
Pelepasan bagi cukai asing / potongan cukai daripada dividen
JUMLAH CUKAI YANG KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK
Sekiranya masih ada cukai kena dibayar, cukai tersebut hendaklah ditolak dengan jumlah Potongan Cukai Berjadual/Ansuran CP500 bagi tahun tersebut. Sekiranya masih ada cukai yang perlu dibayar baki cukai tersebut mesti dibayar sebelum tarikh akhir penghantaran borang nyata cukai pendapatan untuk mengelakkan dikenakan denda lewat bayar.
11 November 2008
Pendapatan yang dikenakan cukai
Ramai yang bertanyakan, adakah semua pendapatan kita dikenakan cukai? Jawapannya jika pendapatan kita termasuk dibawah kategri kategori berikut.
1. Perolehan-perolehan atau keuntungan daripada sesuatu perniagaan yang dijalankan bagi sesuatu tempoh.
- Jika kita mengusahakan perniagaan samada secara milikan tunggal atau secara perkongsian. Pendapatan bersih kita perlulah dilaporkan di borang nyata cukai pendapatan. Pendapatan bersih adalah pendapatan kasar perniagaan ditolak dengan perbelanjaan yang dibenarkan.
- Segala pendapatan dari perniagaan hendaklah direkodkan dan disimpan rekodnya bagi tujuan rujukan dan auditan. Sekiranya pemilik kurang pasti bagaimana untuk melaporkan pendapatan perniagaannya sila dapatkan akauntan bertauliah atau agen cukai yang sah untuk membantu melaporkan pendapatan perniagaan tersebut.
2. Perolehan atau keuntungan daripada sesuatu penggajian.
- Sekiranya anda keja makan gaji atau anda seorang pengarah sesebuah syarikat yang menerima bayaran pengarah, pendapatan anda juga boleh dikenakan cukai. Pendapatan penggajian ini tidak hanya gaji yang diterima, tetapi juga termasuk bonus, elaun-elaun yang tidak dikecualikan, faedah-faedah berupa barangan seperti kereta, rumah, pembantu rumah, pemandu, minyak kereta, tukang kebun, yuran sekolah anak dan faedah lain. Termasuk juga jika cukai anda ditanggung oleh majikan, jumlah cukai yang majikan bayar itu juga boleh dikenakan cukai. Pemilik perniagaan yang mengambil gaji juga mesti melaporkan gaji yang diambilnya di ruang pendapatan penggajian.
Mulai Tahun Taksiran 2008 pengecualian diberikan ke atas pendapatan berikut:
i. kad petrol atau elaun petrol atau elaun perjalanan dari rumah ke
tempat kerja (pergi/balik) sehingga RM2,400 setahun;
ii. kad petrol atau elaun petrol atau elaun perjalanan dan kad tol atas
urusan rasmi sehingga RM6,000 setahun;
iii. elaun atau fi meletak kenderaan;
iv. elaun makan;
v. elaun atau subsidi penjagaan anak-anak sehingga RM2,400
setahun;
vi. telefon, telefon bimbit, bil telefon, pager dan personal data
assistant (PDA) dan langganan internet;
vii. barangan majikan sendiri yang diberi secara percuma atau diberi
pada harga diskaun yang mana nilai diskaunnya tidak melebihi
RM1,000 setahun;
viii. perkhidmatan majikan sendiri yang diberi secara percuma atau
diberi pada harga diskaun dengan syarat manfaat ini tidak
dipindahkan kepada pihak lain;
ix. subsidi kadar faedah bagi pinjaman berjumlah sehingga
RM300,000 untuk perumahan, kenderaan penumpang bermotor
dan pendidikan. Pengecualian ini diberi ke atas pinjaman sedia
ada dan pinjaman baru;
x. manfaat perubatan yang dikecualikan cukai diperluaskan untuk
meliputi perbelanjaan materniti dan perubatan tradisional seperti
ayurvedic dan akupunktur; dan
xi. perkuisit sedia ada diperluaskan kepada anugerah berkaitan
inovasi, peningkatan produktiviti atau kecekapan seperti Six Sigma
Award serta nilai pengecualian dinaikkan daripada RM1,000
kepada RM2,000 setahun.
Pengecualian ini tidak dipanjangkan kepada pengarah syarikat terkawal,
pemilik tunggal dan perkongsian.
Perbelanjaan elaun, manfaat berupa barangan dan perkuisit oleh majikan
dibenarkan potongan sepenuhnya walaupun tidak dinyatakan dalam kontrak
perkhidmatan pekerja.
3. Dividen, faedah atau diskaun.
- Dividen yang dikenakan cukai adalah dividen yang diterima daripada saham syarikat atau unit amanah yang tidak dikecualikan cukai oleh kerajaan. Sebelum dasar single tier ssystem dilaksanakan pendapatan dividen yang diterima adalah pendapatan bersih. Kemudian pembayar cukai boleh menuntut kembali cukai syarikat yang telah ditolak oleh syarikat daripada LHDN sekiranya ada lebihna cukai yang kena dibayar dengan cukai yang telah dipotong syarikat yang mengeluarkan dividen. Walaubagaimanapun selepas sistem single tier dilaksanakan sekiranya peruntukan syarikat dibawah seksyen 108 telah habis digunakan, maka cukai yang syarikat potong ke atas dividen adalah cukai sebenar dan pembayar cukai tidak perlu melaporkan lagi pendapatan dividen tersebut.
- Faedah pula, kebanyakan faedah yang diterima adalah dikecualikan sepenuhnya cukai kerana tertakluk dibawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (ABIK 1989) bagi simpanan. Ini kerana cukai pegangan telah dibayar oleh bank. Jadi kalau dapat faedah dari simpanan kat bank tu takyah risaula dan tak perlu lapor di borang nyata cukai pendapatan.
4. Sewa, royalti atau premium.
- Sewa ni adalah pendapatan sewa yang diterima samada sewa bangunan atau rumah atau harta lain. Pendapatan sewa boleh ditolak dengan belanja yang dibenarkan seperti belanja pembaikan, belanja faedah pinjaman, belanja untuk mencari penyewa baru sekiranya telah disewakan sebelum ini, cukai tanah dan cukai pintu.
- Royalti adalah dikenakan cukai tetapi royalti yang diterima dari perkhidmatan berikut diberi pengecualian sejumlah amaun. Jadi pendapatan kasar royalti ditolak dengan pengecualian itula pendapatan yang dikenakan cukai.
i. Karya seni (selain daripada lukisan asal) dikecualikan RM6,000 setahun
ii. Cakera atau pita rakaman dikecualikan RM6,000 setahun
iii. Penterjemahan buku atau karya kesusasteraan atas permintaan agensi di bawah Kementerian Pendidikan atau Pejabat Peguam Negara dikecualikan RM12,000 setahun
iv. Karya persuratan atau lukisan asal dikecualikan RM20,000 setahun
v. Gubahan muzik dikecualikan RM20,000 setahun
vi. Persembahan kebudayaan yang mendapat Kelulusan Menteri Kewangan.
Walau bagaimanapun, pengecualian untuk iii, v dan vi tidak terpakai jika bayaran yang diterima menjadi sebahagian daripada gaji yang diterima dalam menjalankan tugas rasmi.
5. Pencen, anuiti atau lain-lain bayaran berkala yang bukan di bawah mana-mana perenggan yang terdahulu.
6. Perolehan-perolehan atau keuntungan yang bukan di bawah mana-mana perenggan yang terdahulu.
7. Kelas-kelas pendapatan khas.
Apa itu cukai pendapatan
Pengenalan
Cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan oleh kerajaan ke atas pendapatan yang diterima di dalam Malaysia. Cukai pendapatan dikenakan ke atas individu dan bukan individu yang layak dikenakan cukai. Cukai ini dikuatkuasakan dibawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pula dilantik oleh kerajaan sebagai ejen untuk menguatkuasakan akta tersebut dan mengutip cukai bagi pihak kerajaan.
Adakah anda dikenakan cukai?
Anda dikenakan cukai sekiranya pendapatan sekiranya jumlah pendapatan anda layak dikenakan cukai setelah ditolak dengan pelepasan-pelepasan yang layak dituntut.
Apakah itu Borang Nyata Cukai Pendapatan?
Borang Nyata Cukai Pendapatan adalah borang yang dikeluarkan oleh LHDNM untuk pembayar cukai melaporkan pendapatan bagi satu satu tahun taksiran.
Adakah anda wajib melaporkan pendapatan anda?
Secara teorinya semua orang wajib melaporkan semua pendapatan yang diterima di Malaysia. Bagaimanapun secara praktikalnya sekiranya anda mempunyai no rujukan cukai pendapatan anda perlu melaporkan pendapatan di dalam borang nyata walaupun anda tiada pendapatan bagi satu satu tahun taksiran.
Adakah saya perlu mendaftar no rujukan cukai pendapatan?
Anda perlu mendaftar no rujukan cukai apabila anda memenuhi salah satu kriteria berikut.
a. Anda mempunyai perniagaan samaada milikan tunggal atau perkongsian
b. Sekiranya anda kerja makan gaji, anda telah layak untuk skim potongan cukai berjadual dan majikan telah membuat potongan cukai dari gaji anda.
Majikan telah membuat potongan cukai berjadual dari gaji saya, adakah saya perlu mengisi borang nyata cukai pendapatan lagi?
Jawapannya Ya, ini kerana potongan cukai yang dipotong adalah anggaran cukai. Anda perlu mengisi borang nyata cukai pendapatan untuk menentukan cukai sebenar anda.